Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Tukar Tapak Lagi

Wahai Pembaca Budiman, Maaflah kalau kali ni takde hujan (skrg ni hari-hari hujan), takde angin aku tukar tapak lagi. Bukan nak larikan diri dari sesapa pun sebenarnya. Cuma sejak dua menjak ni rasa mcm belog aku ni kena curik trafiknya. Beratus-ratus hits tapi entah dari halaman mana, dari negara yg tak cakap bahasa Melayu pun. Mahu tak mahu, terpaksa aku tukar tapak lagi dan pantau tengok bagaimana. Kalau masih lagi jadi tempat jejaring pelik singgah aku kena buat langkah drastik untuk mengelakkan hal ni dari berlarutan. Aku apa cerita? Buat masa ni mmg takde yg menarik sangat utk dikongsikan. Kalau ada pun hal-hal rutin yg korang baca pun nanti bosan sendirian. Hasil kerja aku utk majlis yg bulan dua hari tuh aku dah semak statistiknya. Setakat nih nak dptkan lebih 50 hits pun susah. Kita berabis keluarkan belanja banyak, sunting dengan gigih, tapi takde plak org nak nengok. Okeylah kita faham, kita ni sape lah bukan retis kan. Ketepikan hal tuh dan lanjutkan kehidup...

Karma Buat Heroku

Sejak kenal deron. Sejak kenal gimbal. Tak sah kalau shut video tanpa gajet nih. Itu pasal selepas dapat Hero 5, fokus pencarian seterusnya adalah gimbal. Nak kata, selepas tu tidak jugak lah. Tinjauan sebenarnya sudah dibuat sejak ada keinginan memiliki Hero 5. Hero 5 tu satu aje tapi pilihan gimbalnya ada bermacam-macam. Dari yg mendakwa gimbal pertama yg kalis air, bateri bertahan berjam-jam ke yg dilengkapkan batang ria segala semuanya menawarkan pilihan yg menggiurkan pembeli. Kalau diikutkan hati, rasa macam nak beli semua baru tahu mana yg bagus. Hero 5 sudah ada di pasaran sejak akhir tahun lepas. Sebab masih tak tahu nak pilih gimbal yg mana pembelian tertunda. Memandangkan aku ni cermat-boros orangnya, maka tak sesuai lah aku angkut semua. Tak nak buat pilihan yg salah, cara yg selamat dan murah adalah merujuk kepada kawan baik aku Encik Youtube. Sudah begitu, aku masih sukar buat pilihan sehinggalah aku buat keputusan utk pilih gimbal berdasarkan...

Cuti-cuti Musim Hujan Bhg 2

Setel ronda Kundasang, kami sekeluarga pun berinut ke Tuaran. Pakcik aku ada sponsor satu bilik chalet di Taman Mini Akuakultur, Tuaran. Memandangkan sebilik boleh memuatkan dua orang sahaja kami menambah lagi dua bilik. Kami sekeluarga berenam tak selesa pula bersempit-sempit begitu. Harga satu chalet semalam RM80. Bilik air kongsi. Tengok dari persekitaran rasanya mmg sesuai utk kaki joran. Penat memancing, boleh lepak di bilik yg disewa. Pakcik aku pulak kebetulan ada buka kedai di kolam pancing tu, jadi kalau ada sesiapa merancang utk berkunjung ke Taman Mini Akuakultur tuh, singgah2 lah yea kedai yg paling hujung tuh. Sewa joran adalah RM10 sejam. Di kolam ikan tuh hanya utk seronok2 jelah mamancing. Dijamin dapat ikan tapi ikan kena pulangkan balik masuk kolam. Bagi kaki joran yg serious boleh lah ke pelantar di Chalet tu utk angkat ikan yg boleh bawa balik. Kalau setakat nak lepas gian angkat ikan, boleh lah layan kolam ikan tuh. Esoknya cuaca masih mendung...

Cuti-cuti Musim Hujan Bhg 1

Ikutkan aku, musim2 begini baik lepak indoor je. Dah plan org lain yg tetiba dapat tiket murah Malindo, aku ikutkan aje. Dari Kota Kinabalu, cuaca macam cerah gitu. Hati pun girang membayangkan suasananya nanti bila berada di kaki gunung Kinabalu. Tapi berdasarkan pengalaman aku cuti-cuti di Kundasang sebelum ni aku tau keadaan di Kundasang mungkin tidak sama. Tengok dari Kota Kinabalu pun dah boleh agak, sebab tak nampak langsung biru-biru Gunung Kinabalu. Betul tebakan aku, cuaca serta merta berubah bila sampai di Tuaran. Sepanjang perjalanan ke Kundasang hujan lit lit turun beserta kabus. Sirna harapan nak singgah Nabalu dan Taman Kinabalu utk bergambar berlatarkan Gunung Kinabalu. Mujurlah pada pagi kami bermalam di Cinta Villa Homestay, Gunung Kinabalu menunjukkan diri jugak sekejap. Bila zoom ke lurah-lurah muka Gunung Kinabalu, akibat hujan berterusan menyebabkan air mengalir membentuk air terjun sementara. Satu pengalaman baru bagi aku dalam suasana berhujanan nih....

Si Cantik dan Si Bida'

Selepas berjaya meloloskan diri dari kontroversi, akhirnya filem Beauty and the Beast menemui kaki panggung Khamis 30hb lepas. Skuad Picai pun dgn terujanya membeli tiket online (akhirnya MBO dah ada apps utk tempah tiket atas talian) buat pertama kalinya, bagi menonton filem yg dihebohkan-hebohkan menarik ini. Apa-apa pun sebelum layan wayang, kita isi perut dulu baru senang hati! Komen aku tentang filem live action Disney kali nih? Tiada Emma Watson aku rasa aku takan sanggup bertongkat mata utk layan filem ni di pawagam.  Having said that, aku tak maksudkan filem ini teruk. Keseluruhannya menghiburkan, cuma faktor WOW itu bagi aku tiada.  The whole time you keep pondering, bhgian mana lah yg menjadikan filem ini PG13 bukannya kau teruja nak tahu visual apakah yg dihidangkan di skrin?  Ini bukan sbb kita dah tahu jalan cerita, tapi mmg takde kejutan dari segi plot (walaupun diubah sedikit dari animation) dan juga visual. Meninggalkan penont...