Langkau ke kandungan utama

Karma Buat Heroku


Sejak kenal deron. Sejak kenal gimbal. Tak sah kalau shut video tanpa gajet nih. Itu pasal selepas dapat Hero 5, fokus pencarian seterusnya adalah gimbal.

Nak kata, selepas tu tidak jugak lah. Tinjauan sebenarnya sudah dibuat sejak ada keinginan memiliki Hero 5.

Hero 5 tu satu aje tapi pilihan gimbalnya ada bermacam-macam.

Dari yg mendakwa gimbal pertama yg kalis air, bateri bertahan berjam-jam ke yg dilengkapkan batang ria segala semuanya menawarkan pilihan yg menggiurkan pembeli. Kalau diikutkan hati, rasa macam nak beli semua baru tahu mana yg bagus.

Hero 5 sudah ada di pasaran sejak akhir tahun lepas. Sebab masih tak tahu nak pilih gimbal yg mana pembelian tertunda.

Memandangkan aku ni cermat-boros orangnya, maka tak sesuai lah aku angkut semua. Tak nak buat pilihan yg salah, cara yg selamat dan murah adalah merujuk kepada kawan baik aku Encik Youtube.

Sudah begitu, aku masih sukar buat pilihan sehinggalah aku buat keputusan utk pilih gimbal berdasarkan satu aspek penting sahaja.

Untuk apa aku beli gimbal tangan? Sebab nak bergaya?

Jenuh jugak aku memeras fikiran. Ulang tonton review. Dan buang semua strategi pemasaran penjual, pandangan pengguna, baru aku jumpa apa yg aku nak.

Aku perlukan gimbal sebab mahukan rakaman video yg stabil. Ada macam-macam fungsi pun kalau video yg direkod tak steady takde maknanya jugak.


Itu sebab aku pilih GoPro Karma Grip (bongga tu siap bergambar dengan kotak).

Sayangnya disebabkan rekabentuk gimbal yg asalnya adalah utk GoPro Karma Drone, rakaman audionya kurang memuaskan.

Tapi ini bukan deal breaker lah bagi aku. Sebelum ni pun jarang aku guna audio yg dirakam utk ditampilkan dlm video.

Begitu pun kalau aku mahu audio yg bagus, opsyen lain adalah utk merakam audio secara berasingan.

Adakah aku sudah bersedia utk sampai ke tahap ini?

Rasanya sudah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...