Langkau ke kandungan utama

Cuti-cuti Musim Hujan Bhg 2

Setel ronda Kundasang, kami sekeluarga pun berinut ke Tuaran.


Pakcik aku ada sponsor satu bilik chalet di Taman Mini Akuakultur, Tuaran. Memandangkan sebilik boleh memuatkan dua orang sahaja kami menambah lagi dua bilik. Kami sekeluarga berenam tak selesa pula bersempit-sempit begitu.

Harga satu chalet semalam RM80. Bilik air kongsi. Tengok dari persekitaran rasanya mmg sesuai utk kaki joran. Penat memancing, boleh lepak di bilik yg disewa.

Pakcik aku pulak kebetulan ada buka kedai di kolam pancing tu, jadi kalau ada sesiapa merancang utk berkunjung ke Taman Mini Akuakultur tuh, singgah2 lah yea kedai yg paling hujung tuh.

Sewa joran adalah RM10 sejam. Di kolam ikan tuh hanya utk seronok2 jelah mamancing. Dijamin dapat ikan tapi ikan kena pulangkan balik masuk kolam.

Bagi kaki joran yg serious boleh lah ke pelantar di Chalet tu utk angkat ikan yg boleh bawa balik.

Kalau setakat nak lepas gian angkat ikan, boleh lah layan kolam ikan tuh.


Esoknya cuaca masih mendung-mendung tapi perlahan-lahan bertukar cerah. Aku yg dari hari pertama lagi cuti-cuti musim hujan ni nak terbangkan deron akhirnya berkesempatan jugak.

Rakaman videonya telah aku terbitkan di youtube. Kalau tak ke channel aku, di sini aku sisipkan utk layanan korang.

Usai di kolam pancing tu, kami bergerak ke destinasi seterusnya.


Lebih dikenali dengan julukan Cowboy Town, masih terletak di Tuaran, Sabandar Leisure Rides ni jadi destinasi kami. Sempat lah berselfie tengok kawasan sekitar tempat yg dihebah-hebahkan di pesbuk sebelum nih.

Bergambar lah dengan kereta-kereta antik.

Kalau minat kuda mungkin boleh datang lebih dekat. Bergambar, menunggang ke.

Restoran pun ada, tapi aku tak jenguk ke dalam tengok menu apa yg dihidangkan sbb the rest of the family too fixated dgn kuda-kuda dekat bangsal sebelah kiri.

Menengok kuda-kuda yg dikurung di bangsal, samada utk diperagakan atau jadi tunggangan pelawat terbit rasa kasihan dalam hati.

Tak tau lah kenapa, sebab kuda-kuda tuh mcm kurang selesa diperhatikan. Membelakang bila ditenung.


Ha ni gambar apa pulak?

Sudah tentulah lokan bakar kat area Salut tuh ha. Aku pun dah lupa2 gerai mana yg sedap kat situ. Lepas perati-perati akhirnya kami ikut gerak hati utk mendekati gerai Sudi Mampir.

Seperti kunjungan kami yg terdahulu, kami tempah dua tompok. Ada tiga saiz. Besar, sederhana dan kecil. Kalau nak sedap ambil yg saiz sederhana. Satu tompok saiz sederhana RM10 sahaja.

Sebaik sahaja kami masuk, satu demi satu meja mula dipenuhi pelanggan. Lokan bakarnya belum jugak sampai-sampai.

Ini tak mengganggu selera kami menikmati soto atau bakso yg sampai dulu.

Pelayan wanita yg berloghat Indonesia tu dah pesan awal2, bilangan yg ditempah biar muktamad sebab nak menyediakan lokan bakarnya tuh ambil masa sedikit.

Pendek kata, agak lama.


Sambil-sambil tunggu boleh wefie dulu ke kan? Tak salah...

Kat salut ni selain terkenal dengan lokan bakarnya, dikenali jugak dengan kelapa bakar dan puding dalam kelapa.

Esok-esok lepas balik dari Kundasang ke eloklah jenguk sekejap mencuba menu yg simple dan sedap di sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...