Langkau ke kandungan utama

Cuti-cuti Musim Hujan Bhg 1

Ikutkan aku, musim2 begini baik lepak indoor je. Dah plan org lain yg tetiba dapat tiket murah Malindo, aku ikutkan aje.

Dari Kota Kinabalu, cuaca macam cerah gitu. Hati pun girang membayangkan suasananya nanti bila berada di kaki gunung Kinabalu. Tapi berdasarkan pengalaman aku cuti-cuti di Kundasang sebelum ni aku tau keadaan di Kundasang mungkin tidak sama.

Tengok dari Kota Kinabalu pun dah boleh agak, sebab tak nampak langsung biru-biru Gunung Kinabalu.

Betul tebakan aku, cuaca serta merta berubah bila sampai di Tuaran. Sepanjang perjalanan ke Kundasang hujan lit lit turun beserta kabus. Sirna harapan nak singgah Nabalu dan Taman Kinabalu utk bergambar berlatarkan Gunung Kinabalu.


Mujurlah pada pagi kami bermalam di Cinta Villa Homestay, Gunung Kinabalu menunjukkan diri jugak sekejap.

Bila zoom ke lurah-lurah muka Gunung Kinabalu, akibat hujan berterusan menyebabkan air mengalir membentuk air terjun sementara. Satu pengalaman baru bagi aku dalam suasana berhujanan nih.

Suhu pada pagi itu di Kundasang 14 darjah selsius.

Selepas daftar masuk inap desa tu kami ke Ladang Sabah Tea di Ranau. Mmg tak banyak boleh buat pun sebab hujan. Jadi bergambar apa yg patut aje lah sebagai bukti dah sampai


Dah hujan tu segala kamera DSLR pun mmg tak dapek lah nak hangkut keluar. Nasib lah ada GoPro Hero 5 yg kalis air. Boleh lah jugak posing-posing dalam hujan.

Masa kami sampai tuh semua pelawat yg duduk di restoran Sabah Tea tuh duk diam aje. Monyok agaknyer sebab tak dapek nak selfie bagai.

Sebaik aje nampak kami wefie sana wefie sini tetiba pulak semua pelawat teruja beratur nak bergambar. Dah ditegur kami nak gambar dulu pun masih jugak nak masuk frame tak sabo-sabo. Haish mak orang nak bergambar tuhhh, jerit si anak.

Dalam hati aku berbisik mana yg tak sabar tuh, harap-harap enfon korang tak rosak lah dlm hujan2 ni yea.


Hari ke dua pagi tu dlm suasana di selubungi kabus kami ke Desa Dairy Farm. Dah bbrp kali pergi sini tak dapat nak bergambar Welcome Sign di belakang tuh. Bukan tak boleh bergambar tapi org dah parkir kereta sampai kawasan batu tuh.

Kau nak bergambar mcm mana kalau dah kereta berderet halang pemandangan?

Ni pun nasib baik datang pada hari waktu bekerja. Kalau tidak jangan harap lah nak pose-pose di situ.

Alah kejap aje menikmati suasana ala2 ini tempat aku yg punya. Tak lama lepas tu tempat yg sama dikerumuni pelawat yg mungkin dengan impian yg sama bergambar dengan batu tuh.


Atas cadangan pengomen kat pesbuk kami jejaki Crystal Hill (cari masjid di Kundasang yg kat atas bukit tuh kat situ lah tempatnya).

Biar semput nak daki 300m ke atas mmg berbaloi lah dengan pemandangannya yg indah. Bila tengok gambo haish tak sama mcm yg terakam dalam kotak memori.

Agaknya kalau cuaca tak mendung ada pulak pemandangan gunung Kinabalu melatari petak-petak tanaman yg terdampar seperti corak-corak pada permaidani, mesti pemandangannya Subhanallah!

Cuti-cuti di Kundasang berakhir dan kami bergerak ke Tuaran. Di situ pakcik aku ada sponsor satu bilik chalet jadi cuti-cuti kami bersambung di situ.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...