Langkau ke kandungan utama

Raya Belum Habis Lagi

Wah lama benar aku tak menjenguk belog nih. Kali terakhir aku hapdet hujung bulan lima. Sekarang dah nak masuk minggu akhir bulan tujuh. Puasa pun dah sudah. Raya lagi lah dah nak habis.

Nak kata sibuk tu, rasanya tak lah jugak. Nak kata takde benda nak kongsi, tipulah kan? Mmg ada aje benda yg nak diperkatakan sebenarnya. Cuma kekadang rasa mcm malas nak mengadap belog nih bila memikirkan pengunjung dah tiada.

Lepas aku tukar tapak baru-baru nih, aku nengok belog aku terus bersawang. Entri yg sebelum ni pun, takde sorang pun baca.

Jadi ada kah sepatutnya jugak aku begitu. Kurangkan hapdet?

Mengimbas kembali bulan puasa tahun ni aku rasa agak unik sedikit. Tahun ni mcm nikmat puasa tuh tuhan tarik sikit. Tuhan bagi sedikit ujian.

Aku tahun-tahun sebelum ni puasa lancar aje. Syukur dengan kesihatan yg dikurniakan. Apabila tahun ni didatangkan gastrik, mmg menderita jugak lah perjalanan ibadah puasa aku.

Ada yg cadangkan minum susu kambing. Aku pun apa lagi gagau lah beli setin.

Percuma-cuma aku bau sendawa kambing!

Tamat puasa aku pun cuba makan pada waktunya dan perlahan-lahan gastrik tu mula meninggalkan aku.

Cuma tu jelah makanan2 masam tu kena elakkan lah begitu juga yg pedas. Segala kopi aku pantang.

Aku ingat lagi masa pagi raya pertama, aku boleh-boleh diserang gastrik.

Makan dah elok secara bersederhana. Tapi bila diingat balik menu yg aku bantai tuh mmg padan muka aku jugaklah merengkok atas katil sentuh laksa penang.

Laksa penang tu kan kuahnya masam?

Rumah sendiri dah tewas, raya rumah orang tak tahulah apa nak jadi.

Alhamdulillah, tujuh buah rumah jugak aku serbu tahun ni. Nanti aku kongsikan video aku beraya pada lima buah rumah di hujung entri nanti.

Tinggal beraya kat tempat kerja lagi yg belum berlangsung. Kalau tiada aral melintang mungkin 21hb ni akan berlangsung rumah terbuka utk hotel kami.

Temanya setiap jabatan bawa satu menu. Jabatan aku mmg tak mau nampak cincai. Awal2 lagi dah sebulat suara bawak satay.

Pada mulanya tuh nak pesan satay kambing. Memandangkan harganya pun cantik, kami akur ambil satay ayam atau daging sahaja. Ikutkan nafsu ni boleh mati jugak tau!

Bagaimana berlangsungnya rumah terbuka kitorang, tunggu jelah hapdet dlm masa terdekat nih yea.

Sebelum menyudahkan entri ni apa kata korang layan dulu video beraya bersama rakan2 staf di rumah staf hotel tempat aku bekerja.


Selamat menonton!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...