Langkau ke kandungan utama

Dorong Diri

Sejak banyak lokasi faberet aku dihadkan ketinggian, aku dah malas sikit nak terbangkan dron. Apa mainan kan terbang rendah2 kalau boleh terbang tinggi?

Hahaha... ayat bongkak!

Sakit hati tak boleh terbang tinggi aku cadang nak fly jauh2. Asal takde benda yg blocking dan gangguan signal mesti boleh lajak jauh punya.

Sedihnya dari tempah aku take off sampai ke destinasi hanya boleh terbang setinggi 150m je. Dah hampir dgn kawasan yg aku nak pergi banyak kali pulak keluar amaran NFZ; Non-Flying Zone.

Menyampah jugaklah aku dibuatnya. Sebelum dapat masalah baik aku patah balik.

Ikut rekod aku pagi tu berjaya terbang lebih dari 3KM.


Okay lah nampak sedikit perkembangan lokasi yg katanya nak dimajukan menjadi Resort City.




Itu jelah yg menunjukkan kawasan tu ada org. Tanda-tanda nak dimajukan macam belum ada. Entah betul entah tidak berita dorang cakap area ni nak dijadikan sebuah Resort City. Siap ada perasmian menteri lagi katanya.

Dalam 3-4 bulan lagi nanti kita tinjau balik kay.

Petangnya tu aku yakin diri terbang ke pulau Dinawan... Jauh lagi dari pulau Montukod yg byk kali dah aku fly.


Ekceli kalau aku fly lagi mungkin boleh pergi jauh dari 4KM lagi. Lepas patah balik pun masih ada enough juice. Aku sesaja lelambat kan balik sebab nak ambil gambar sunset dan habiskan bateri balik pada tahap kurang 30%.


Aku ada shot video mengitari kawasan yg memisahkan pulau kecil tu dengan pulau utama... Siap letak lagu sedih lagi... LOL... Itu boleh carik kat IG aku lah. Buat masa ni situ je yg aku still share lah. Ada rezeki aku cuba fly lagi dan shoot keseluruhan pulau.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...