Langkau ke kandungan utama

Bangkok Aku Datang!

Tinggal kurang dua minggu lagi untuk terbang ke Bangkok.

Ada satu dua lagi yang belum setel, tapi tu semua boleh tunggu selepas selesai web check-in penerbangan ke Bangkok.

Ikut hati aku nak aje aku beli terus, tapi memandangkan yang lain kata tunggu mereka gaji dulu aku pun tunda.

Disebalik semangat nak bercuti tu, aku agak sedikit kecewa dengan sorang kenalan yang beriya-iya nak ikut serta ke Bangkok, Oktober depan, bila dah nak terbang ni acuh tak acuh pulak.

Pasport, tiket penerbangan dah sedia. Tuan diri tak tau nak pergi ke tidak.

Bayangkan dua minggu lagi nak pergi baru nak tanya berapa kos penginapan. Dah tu tak pandai faham2 lagi amaun yg diberi tu lah yg aku perlu kutip.

Sudah bayar kah?

Memanglah penginapan aku sudah dahulukan pembayaran. Kalau nak tunggu semua orang rasanya tak tertempah hotel yg aku pilih tu.

Aku pun tak tau nak kata apa dengan mamat ni dah. Dia nak tukar RM500 je.

Ok, fine.

Boleh nak bawak duit sikit je. Tapi pastikan duit penginapan kau dah ketepikan. Tiket masuk dah beli awal.

Aku cuba jugak lah bagi dia sedikit bayangan kos yg bakal dia tanggung. Mana nak kena kongsi bayar sewa tuk tuk... Pengangkutan seperti Grab dan jugak BTS.

Rasanya semua nak kena spell out satu2 baru nak faham.

Kalau kau bawa RM500 tapi kau baru nak setelkan penginapan masa di Bangkok aku jamin duit yg kau tukar tu takan cukup.

Takan nak harap ehsan kawan2 makan minum kau di sana nanti?

Rasanya bukan semalam, bukan sebulan perancangan ke Bangkok ni dibuat. Sepanjang tahun, aku cuba bimbing dari segi pembelian tiket penerbangan, buat pasport... Malah dari masa ke se masa aku updet di grup apa2 aktiviti yg bakal dijalankan sebaik sahaja sampai di Bangkok.

Tak nampak usaha nak bertanya.

Yang terpacul hanyalah. Kalau murah nak pegi... Kalau mahal tak jadi.

Bukan masalah mahal ke murah. Masalahnya di sini, kau bersungguh nak pergi ke tak.

Bila dah bincang kos penginapan, aku info yang dia perlu ambil extra mattress. Bilik tu akan berkongsi 3 orang.

Selamba cakap kalau tak ambil extra mattress boleh tak?

Habes tu kau nak kongsi katil dengan aku?

I give up. Titik.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.