Hurmmm... aku mangkit awal lagi, tapi berjaya pujuk diri sambung tidur. Sedar2 aku dah kesiangan. Terpaksa lah panggil Grab untuk kejar masa. Menurut pemandu Grab, mereka tak boleh turunkan penumpang di kawasan berdekatan Grand Palace. Aku angguk faham, lagipun aku nak turun kat Ministry of Defence dulu. Tidak terus ke main entrance Grand Palace. Sajelah aku kata lambat, padahal jam belum pun 7.30 pagi. Sementara nak tunggu entrance Grand Palace dibuka pada 8.30 pagi, aku ke Ministry of Defence. Dihadapan kementerian tu ada satu muzium terbuka yg mempamerkan meriam-meriam lama. Meriam yg aku berminat sangat nak tengok ni sudah tentulah meriam di atas. Nama meriam Phaya Tani atau Sri Pattani. Meriam Sri Pattani ni dikatakan meriam paling besar pernah wujud dalam alam Melayu. Digunakan masa zaman pemerintahan ratu-ratu Pattani untuk menahan serangan Siam. Selepas kejatuhan Pattani meriam ni dibawa ke Bangkok dan kini dipamerkan di hadapan Ministry of Defence. Kh...
Leka, Liku Hidupku