Langkau ke kandungan utama

Kenangan-kenangan di Bangkok Hari 2

Eh?


Rasa macam baru je lelapkan mata tadi? Pukul berapa ni?

Macam tu lah aku tiap kali bila travel. Susah nak tidur, bangun pula awal. Tiga hari boleh lagi aku bertongkat mata dengan kopi. Bila 5 hari, hurmmm, koyak mata dibuatnya. Habis cuti balik Malaysia, muka dah tak macam orang.

Koyak atau tidak, aku tidak dapat membendung lagi rasa teruja dalam diri, bila hari untuk aku tebus pembelian dua tiket dari KKDay sudah tiba.

Aku pun tak ingat apa aku buat bangun seawal 3 pagi. Mungkin hapdet IG Story. Mungkin jugak isi perut hasil pembelian makanan untuk sarapan di 7E sebelum balik hotel.

Rangkaian 7E di sini terletak merata-rata  mana2 ada. Ada satu paling dekat hotel aku. Ada dua lagi dalam perjalanan dari Stesen BTS Ratchatewi ke Samran Place.

Tembolok dah diisi, kopi pun sudah habis dihirup aku pun susun balik segala apa resit yg aku terima semalam. Belum banyak lagi, tapi kalau dari awal kemas nanti bila dah ada segala kepala tiket tak le jadi semak.

Koyok yg aku tampal kat kaki pun aku dah tanggalkan. Entahlah sakit betul kaki aku semalam sampai susah aku nak berjalan.

Sekitar pukul 8 aku pun keluar hotel menuju ke Stesen BTS Ratachatewi. Ini kali pertama aku guna perkhidmatan BTS ni, tapi rasa seakan dah biasa guna. Mungkin sebab ada persamaan dengan LRT dan MRT di KL.

BTS bukan kumpulan K-Pop tu ya.



Destinasi aku pagi tu ke stesen terakhir di utara Sikhumvit Line, Stesen BTS Mo Chit nak ke pasar hujung minggu yg paling besar di Thailand katanya. Chatucak Weekend Market.


Ramai jugak org berduyun-duyun ke mari. Tanpa tujuan nak beli apa2 aku rasa rugi je pergi Chatucak Weekend Market ni.

Yg suka shopping, borong segala barang, Chatucak Market ni boleh dianggap syurga lah. Bagi aku, yg tak gemar shopping ni. Aku tengok sekeliling mcm white noise je.


Ada sesal sedikit datang jauh-jauh ke sini tapi aku tanamkan tekad cari kedai makan Halal.

Ada beberapa yg aku jumpa tapi aku memilih untuk menjamu selera di Saman Islam.

Tujuan seterusnya adalah ke Kingpower Mahanakhon Skywalk. Tengok langit di atas cerah. Jam 10 mesti panas skrg ni.

Untuk tunggu redup sikit aku KILL SOME TIME dengan singgah MBK Center. Sini pun ada jugak Halal Centre, tapi harga standard le.

Penat pusing2 carik Halal Centre aku pun masuk lah kedai nama Yana ni. Nama kedai ni selalu jugak org sebut2 dlm belog jadi nak cuba la katanya.



Harga pun cantik, tapi makanan tak berapa nak berkenan di tekak. Mujurlah dah sarapan besar pagi tadi. Petang jelah aku risau nak makan mana sebab habis show 9.30 malam. Itu yg aku isi jugak perut mcm mana pun.

Dalam aku mengutuk-ngutuk makanan yg tak sedap tu, hati aku diketuk untuk bergerak sekarang.

Gila apa ni dalam hati aku... Tengahari nak Skywalk.

Kuikutkan juga kata hati. Hitam, hitam lah.

Perlahan-lahan aku berinut ambil BTS ke Stesen BTS Chong Nonsi dari BTS Ratchatewi.



Aku tak dapat lama di rooftop. Dalam 20 minit mcm tu semua yg berada di atas diminta turun. Mujur lah sempat jugak aku skywalk. Cuma bergambar jelah tak sempat. Hujan dijangka turun bbrpa minit lagi katanya!


Sebelum naik ke tingkat 78 di mana terletaknya observation deck dan skywalk tu kita akan singgah dulu tingkat 74 menggunakan lif terpantas di asia tenggara katanya.

Di tingkat 74 aku tunaikan hajat mengirim poskad kepada diri sendiri. Setakat entri ni ditulis aku belum menerima lagi poskad tu.

Sebaik sahaja aku berada di tingkat bawah, hujan pun turun mencurah-curah.


Aku tak menyesal keadaan ni, sebab rain is to be expected waktu-waktu gitu. Musim hujan kan? Di Malaysia pun rasanya petang2 gini mesti dah gelap.

Apa pun aku bersyukur sangat-sangat sebab langgar pelan asal nak gerak ke situ pukul 2 ptg dan pergi lebih awal dari yg dijadualkan.

Kalau aku datang pukul 2ptg rasanya tak dapat naik aku ke atas terus.

Lama jugak aku tersadai di BTS Chong Nonsi tu menunggu hujan berhenti. Kalau aku gerak awal pun bukan dpt terus ke destinasi terakhir aku hari tu.

Satu yg aku perasan di Bangkok ni susah nak carik tempat duduk. Tong sampah toksah lah cakap. Beli2 air, bekasnya tak tau nak buang mana. Hujung2 beg sendiri jadi tong sampah sementara.

Bila dah keluar sikit dari ibu kota, tempat duduk dan tong sampah senang sikit nak jumpa.

Bukan mereka ni tak sediakan kemudahan tong sampah dan tempat duduk. Mereka risau kemudahan2 ni jadi tempat org tinggalkan bom yg membahayakan pengguna BTS.

Masi jugak di Sikhumvit Line, aku meluncur bersama BTS ke stesen Saphan Thaksin utk ambil free shuttle boat ke Asiatique Waterfront.


Jam baru je 10 minit selepas pukul 3ptg... Free shuttle boat ke Asiatique Waterfront mula pukul 4ptg. Makanya aku menunggu lagi.

Pendek kata petang tu mmg byk menunggu.



Dah sampai Asiatique nak tebus tiket show pun dia suruh tunggu lagi pukul 6ptg... Berkematu bontot aku duduk menunggu. Nak jalan kaki aku masih lagi sakit-sakit.

Show apa yg aku nak tengok ni?

Ha, Calypso Show!

Show ni khabarnya banyak menampilkan ramai penari-penari perempuan palsu. Lelaki palsu takde ker? Itu tak tau, tapi selepas menonton pertunjukkan mmg sangat-sangat berpuas hati. Setiap persembahan cater to all taste gitu.





Persembahan yg aku paling enjoy sudah tentulah persembahan ala2 Bollywood gitu.

Selesai persembahan aku pun beransur balik ke hotel. Esok kawan2 dah sampai ke Bangkok. Aku pun dah rindu travel gelak-gelak dengan diorang.

Gerak solo ni syok jugak, tapi tak seseronok kalau dengan geng.

Sebelum jumpa mereka besok, aku ada the whole day tour untuk disetelkan besok. Minta-minta cuaca bagus lah besok!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...