Langkau ke kandungan utama

Kenangan-kenangan di Bangkok Hari 3

Hurmmm... aku mangkit awal lagi, tapi berjaya pujuk diri sambung tidur. Sedar2 aku dah kesiangan.

Terpaksa lah panggil Grab untuk kejar masa.

Menurut pemandu Grab, mereka tak boleh turunkan penumpang di kawasan berdekatan Grand Palace.

Aku angguk faham, lagipun aku nak turun kat Ministry of Defence dulu. Tidak terus ke main entrance Grand Palace.

Sajelah aku kata lambat, padahal jam belum pun 7.30 pagi.

Sementara nak tunggu entrance Grand Palace dibuka pada 8.30 pagi, aku ke Ministry of Defence.


Dihadapan kementerian tu ada satu muzium terbuka yg mempamerkan meriam-meriam lama.


Meriam yg aku berminat sangat nak tengok ni sudah tentulah meriam di atas. Nama meriam Phaya Tani atau Sri Pattani.

Meriam Sri Pattani ni dikatakan meriam paling besar pernah wujud dalam alam Melayu. Digunakan masa zaman pemerintahan ratu-ratu Pattani untuk menahan serangan Siam.

Selepas kejatuhan Pattani meriam ni dibawa ke Bangkok dan kini dipamerkan di hadapan Ministry of Defence.

Khabarnya meriam ni ada pasangannya. Dalam perjalanan ke Bangkok, meriam tu jatuh ke dalam laut.

Di Bangkok satu lagi meriam dibuat utk dijadikan pasangan Phaya Tani ni. Sayangnya aku lupa nak gambar.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Aku nak lama2 di depan Ministry of Defence ni bukan diorang bagi masuk pun. Pancaran matahari pagi tu walaupun belum lagi tegak di kepala sudah seperti tidak bertabir UVnya. Eloklah aku beransur ke main Entrance Grand Palace.

Aku cakap ni macam jauh sangat kan? Padahal seberang jalan je pun.

Begitupun, kupercepatkan juga langkah dan sepanjang perjalanan ke pintu utama Grand Palace aku perasan ada bbrpa org berdiri.

Entah kenapa gerak hati aku mengatakan yg org ni scammers.

Bila ada nampak macam pelancong mereka tegur. Aku yg kelihatan macam orang Siam langsung tidak dipandangnya.


Fikir awal datang boleh lah elak barisan panjang, tetap terperangkap jugak di sini. Masing2 berdiri di posisi menunggu masa.

Mana lagi orang, mana lagi bahang. Aish tak tahan aku... Rimas sungguh2.


Tepat je 8.30pagi kami pun semua dilepaskan selepas melalui sebuah pengimbas.

Nasiblah setengah jam je... Maunya separuh hari pengsan aku kat situ kena strok haba.

Pelan2 aku masuk ikut aliran gerakan para pengunjung. Ni kalau berebut nak beli tiket masuk kang sama jugak beratur mcm tadi.

Mujurlah masa beli tiket, tak perlu beratur.

Semua yg berbaris tu ikut tur, jadi urusan tiket masuk mereka sudah diurus lebih awal oleh tour guide mereka.


Jadi aku pun lenggang kangkung lah masa beli tiket masuk yg bagi aku agak lumayan jugak dalam 500baht (atau 70 hengget duit kita).

Termasuk dalam tiket adalah persembahan bertopeng dan lawatan ke sebuah muzium.

Dua2 ni aku skip sebab nak kejar masa. Lagipun ada notis kata yg Grand Palace bakal ditutup sebelah tengahari bagi memberi laluan kepada upacara diraja.








Aku mengharap juga awan berbondong meneduhiku. Namun, bahang tetap menemani. Tanpa menoleh belakang aku segera tinggalkan Grand Palace menuju destinasi berikutnya, Wat Pho. Lagi lama aku di Grand Palace ni rasanya lagi rengsa aku jadinya.


Bayaran utk Wat Pho murah sikit banding Grand Palace. Hanya perlu bayar 200baht (atau 30 hengget duit kita).

Dalam tiket ada percuma air sebotol tapi aku tak tebus.

Di sini aku tak lepak lama aku sekadar masuk bahagian yg menempatkan Buddha baring mengiring ni je sesambil menyejukkan badan sesambil juga mengagumi estetika arca Buddha emas ni.

Selesai di Wat Pho aku pun ke Tha Tien Pier menambang feri ke seberang utk melawat Wat Arun.

Tambang feri hanya 4baht sehala. Kalau bawa basikal bayaran adalah 10baht.


Di penambang feri ada notis memberitahu yg khidmat mereka akan diberhentikan seketika tengahari nanti. Ni mesti ada kaitan dengan upacara diraja yg berlangsung nanti. Jadi aku pun cepat2 lah selesaikan tugasan di Wat Arun dan menyeberangi  sungai Chao Phraya ke Tha Tien Pier semula.

Dari Tha Tien Pier aku ambil Grab ke Siam Discovery utk tebus tiket masuk Madame Tussaud yg aku beli atas talian dari Klook.

Rancangan asal nak pergi Madame Tussaud ni sekali dgn Adhie bila dia sampai di Bangkok menggunakan keretapi dari Hatyai. Berteman makanya ada juga lah org tolong ambilkan gambar.

Rancangan tinggal rancangan. Adhie tak jadi pergi. Keretapi dia pula yg dijangka sampai 10.30pagi masih belum mendekati Bangkok.

Keretapinya hanya sampai 3 jam kemudian.

Bila begitu aku pun fikir, OK bagus jugak dia awal2 tak jadi. Kalau dia beli tiket makanya satu hal aku nak menunggu pulak.

Dalam cuaca yg panas2 gini aku paling tak suka menunggu!

Dah takde siapa aku tunggu makanya aku pun sepantas pelesit cari Madame Tussaud di Siam Discovery dan beraksi di situ buat pertama kalinya.


Walaupun pada mulanya mcm kekok aje aku di dalam sebab sorang-sorang, biloa aku pergi dari satu patung lilin ke patung lilin aku mula rasa seronok.

Dalam tiket ada free show Ice Age 4D tapi aku skip sebab malas nak menunggu.

Rasa dah puas dengan Madame Tussaud aku pun bergegas ke destinasi berikutnya Sealife Ocean World di Siam Paragon.

Dekat aje jadi aku tak risau sangat. Dalam perjalanan tu aku sempat lagi singgah 7E isi perut sebelum berenang memasuki dunia laut.

Sealife Ocean World ni pun aku dah siap2 beli tiket di Klook. Tinggal tebus je di kaunter maklumat.


Masa beli tiket hari tu aku add on tarikan Glass Botton Boat. Sekurang-kurangnya merasa jugak pengalaman tengok tunnel, ikan2 jaws berenang dari atas akuarium melalui bot yg dasarnya diperbuat dari kaca.


Ni rupa ikan yu dari bottom glass boat tu lerrr... Kata guide atas bot ikan2 dan objek2 yg kami lihat dari glass akan nampak 30% lebih kecil dari saiz asal.

Ya kut betul. Bila tengok keluar bot dan nampak ikan2 yu tu berenang terkejut badak tgk sbb lagi besar dari yg nampak dari gelas kaca tu.

Aku tak kongsi sangat gambar di Madame Tussaud dan Sealife Ocean World ni sbb aku dah letak di Facebook dan jugak IG. Kalau nak tgk boleh lah cari aku dengan nama @zampeada.

Phew itu dia, sekali nafas aku sudahkan semua trip aku hari tuh. Bak kata omputih,

If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together...

Sampai bilik hotel, sekitar pukul 4.30 petang gitu, Adhie dah membongkang.

Kitorang kena tunggu lagi dua nona2 manis dari Sabah yg dijangka sampai 8 malamnya.


Finally kami pun reunited. Esok menyambung lagi percutian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...