Langkau ke kandungan utama

Kenangan-kenangan di Bangkok Hari 1

Wah kali ni lama jugak aku cuti-cuti... Lazim aku ambil 4 Hari 3 malam, kali ni aku panjangkan ke enam hari 5 malam. Walaupun panjang aku tetap belum puas menikmati Kota Bangkok.

Aku disambut gerimis ketika mendarat di Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok. Terbit sedikit rasa cemas kalau begini keadaan sepanjang aku berada di Bangkok.

Selesai hal-hal imigresen, sekitar 5.30 ptg waktu tempatan aku pun meluncur ke pusat Kota Bangkok dengan Grab.


Selamat daftar masuk di Samran Place aku ambil masa untuk rehat, cas henfon  sebelum mengatur langkah meronda ibu kota bumi Gajah Putih ini.

Aku memilih Samran Place kerana hotel ni dekat dengan Petchaburi Soi 7 dan Stesen BTS Ratchatewi.


Petchaburi Soi 7 ni ada komuniti muslim tinggal. Jadi nak carik makanan HALAL pun senang, masjid pun ada.

Sebelum aku mula langkah ke destinasi yg aku rancang malam tu aku singgah dulu sebuah kedai makanan halal Farida Fartonee yg kerap disebut-sebut orang dlm mana2 blog.


Jalan depan Samran Place ni mmg agak sibuk, jadi kena lah lalu jejantas... Selepas melepasi Petchaburi Soi 7, jalan ke hadapan lagi baru lah jumpa kedai Farida Fartonee ni.

Puan Farida Fartonee, pandai kecek Kelate, jadi senang lah aku nak memesan tanpa perlu menggunakan bahasa ibunda dari London.

Hari makin gelap aku pun mula menapak ke arah tujuan malam tuh.

Malam tu aku jalan kaki sepenuhnya. Demi untuk menikmati Kota Bangkok.


Belok je ke kanan beberapa langkah nampak lah Stesen BTS Ratchathewi yg menghubungkan banyak destinasi-destinasi yg bakal aku kunjungi sepanjang berada di Bangkok.


Ini tujuan pertama aku malam tuh. Erawan Shrine.


Aku tertarik ke sini selepas membaca cerita disebalik pembangunan Erawan Shrine ni. Katanya, nak buat hotel di tapak ni tapi tiap kali tu ada aje masalah. Selepas dibangunkan satu Shrine Empat Sisi ni pembinaan Hotel Erawan pun berjalan lancar.



Biarpun dah malam ramai juga yg datang berkunjung dan menanam hajat. Aku yg hadir hanya mampu memerhati dengan tanda tanya.

Seusai di Erawan Shrine aku mencari Boomerang di Central World.


Boomerang ni mcm kedai Speedy Video lah kalau nak dibandingkan dengan kedai kita di Malaysia.

Jenuh jugak aku mencarik kedai ni sebenarnya. Tapi bila cek rupanya aku salah level... Boomerang di Central World di tingkat 4. Aku carik kat tingkat 5... Sampai balik Malaysia pun nanti aku tak jumpa Boomerang ni.

Ingat2 nak beli lah barang satu atau dua CD atau Bluray. Tapi bila tengok judul2 yg ada aku semacam hilang selera. Hurmmm... takpelah simpan duit untuk makan2 aje lah nanti.

Singgah mana lagi pun kalau bukan 7E di Bangkok ni. Banyak btul kedai 24 jam tu di merata kota.


Okeylah Central World, selamat tinggal... Ada kesempatan kita berjumpa lagi.



Sempat lagi aku gambar2 suasana malam di Kota Bangkok sebelum berinut balik beradu di bilik hotel. Kaki pun dah lenguh. Mata pun dah berat.



Selamat Malam Bangkok! Harap2 besok cuaca bagus!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...