Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2019

I Survived 2019

Tinggal beberapa hari lagi 2019 bakal melabuhkan tirai. Aku sudah tidak sabar merencana aktiviti tahun depan. Setakat ni dua rancangan dah konfem. Hujung Mac selempang Awal April aku akan terbang ke Serambi Mekah, Aceh. Ikutkan, Aceh ni takde dlm senarai destinasi yg aku nak lawati. Dah aku setuju ikut kawan jadi pergi jelah. Yg beriya nak pegi belum beli tiket apa semua. Aku dah setelkan dulu. Takut tunda2 tak jadi pulak. Kalau dia tak jadi, aku akan tetap terbang jugak ke Aceh. Beli tiket awal tu dah tanda aku tekad lah tuh. Rancangan kedua pun dah siap semua beli tiket. Awal Julai tahun depan, kalau takde aral melintang akan menonton persembahan PGL The Musical arahan Puan Sri Tiara Jacquelina. Tiket persembahan aku dah beli pada malam pelancaran tiket dibuat. Teruja tak teruja tuh. Walaupun bukan Puan Sri Tiara yg membuat persembahan, sekurang-kurangnya dapat melihat PGL dipentaskan sudah cukup bagi aku. Lama terpendam keinginan utk menonton secara langsung naskah...

Tempat Jatuh... Bangkit Sendiri

Alhamdulillah. Memijak jugak aku semula UUM. Rancang dengan Wan lama dah. Tiga-empat tahun sudah. Baru tahun ni kesampaian. Kebetulan ada tiket murah aku apa lagi ketik2 beli lah. Nak tunggu 2020, takut tak berjalan plak rancangan ni. UUM dah banyak berubah. Begitupun ada tmpt2 yg masih aku cam dan membikin seolah-olah aku tidak  pernah tinggalkan UUM biarpun sudah lebih 13 tahun. Datang ke sini macam aku bercuti semester seminggu dua dan kembali dengan suasana baru! Sebelum aku tinggalkan UUM dulu seingat aku dah ada DKG 5... Skrg dah sampai DKG 6. Ada plak tu laluan pejalan dan jambatan untuk ke Laluan A. Lebih dekat lah kalau yg menginap di Kolej Laluan A. Ooopsss... Skrg dah tak panggil Kolej Kediaman. Kolej Kediaman dah ditukar dengan INAP SISWA... atau pendeknya INASIS. Sekolah, pusat, jabatan atau apa nama yg dipanggil pun dah bertambah dengan pesatnya. Paling menarik, The Mall pun sudah berubah wajah dan menawarkan tempat-tempat lepak yg hipster. J...

Kenangan-kenangan di Bangkok (Akhir)

Kira-kira pukul 11 malam baru kami masing2 sampai bilik hotel. Esok kami akan ambil kapal terbang terus ke Kota Kinabalu pukul 9.30 pagi (kecuali Adhie ambil kapal terbang 9.20 pagi ke Kuala Lumpur). Kami pakat2 checkout hotel sebelum pukul 6 pagi. Malam terakhir tu, aku tak plan nak balik lewat. Ikutkan nak lepak di bilik je rehat2. Bila memikirkan yg dua org lagi tak byk round tempat di Bangkok ni so aku ikut je. Tak pergi mana sangat pun. Asiatic Waterfront dan IconSiam aje. Lepas tu dinner di Petchaburi Soi 7 sebelum masing2 masuk bilik. Adhie sampai2 bilik terus panjat katil dan mungkin lepas tu layan penat dia tidur. Syok betul. Letak kepala aje terus lelap. Aku macam biasa sebelum tidur penuh dengan bermacam ritual. Sesambil sejuk kan badan aku sort out all receipts for the day. Baju kotor aku dah tak perlu asing sebab aku asing setiap hari. Plastik utk dirty laundry dah siap2 bawak dari Malaysia senang balik nanti tarik keluar humban je masuk mesin basuh. Habis giling...