Langkau ke kandungan utama

Kenangan-kenangan di Bangkok (Akhir)

Kira-kira pukul 11 malam baru kami masing2 sampai bilik hotel. Esok kami akan ambil kapal terbang terus ke Kota Kinabalu pukul 9.30 pagi (kecuali Adhie ambil kapal terbang 9.20 pagi ke Kuala Lumpur). Kami pakat2 checkout hotel sebelum pukul 6 pagi.

Malam terakhir tu, aku tak plan nak balik lewat. Ikutkan nak lepak di bilik je rehat2. Bila memikirkan yg dua org lagi tak byk round tempat di Bangkok ni so aku ikut je.

Tak pergi mana sangat pun. Asiatic Waterfront dan IconSiam aje. Lepas tu dinner di Petchaburi Soi 7 sebelum masing2 masuk bilik.

Adhie sampai2 bilik terus panjat katil dan mungkin lepas tu layan penat dia tidur. Syok betul. Letak kepala aje terus lelap.

Aku macam biasa sebelum tidur penuh dengan bermacam ritual.

Sesambil sejuk kan badan aku sort out all receipts for the day. Baju kotor aku dah tak perlu asing sebab aku asing setiap hari. Plastik utk dirty laundry dah siap2 bawak dari Malaysia senang balik nanti tarik keluar humban je masuk mesin basuh. Habis giling jemur je.

Barang-barang personal yg aku tak pack lagi aku dah siap2 note awal supaya tak lupa. Esok takde le kes bila dah sampai rumah charger lupa lah... kabel itu tinggal lah... blah blah...

Dah sejuk badan aku pun mandi dan sebelum tidur ada lagi ritual...

Tadi sort out physical world. Sebelum tidur nak sort out mess kat kepala pulak.

Apa2 yg tak selesai, apa yg nak buat besok sekadar buat mental note sahaja.

Lepas tu count all the grateful things to be grateful that day.

Tengah aku bersyukur ke hadirat Ilahi yg semua yg dirancang turn out to be exceptionally well aku dikejutkan dengan Adhie yg bingkas bangun dari tidur lalu bertanya aku bercakap dengan siapa.

Aku tengok keliling.

Kau kenapa soal aku.

Ini bukan perkara baru.

Sebelum tu 2 tahun lepas di Siem Reap, Adhie ada cerita yg dia nampak ada orang duduk di bucu katil aku.

Aku sebenarnya lagi senang bagi jawapan yg org mau dengar. Ya, ada kelibat di dalam bilik masa tu. Dan sejarah keluarga aku yg ada belaan Saka sekaligus mengesahkan apa yg dia nampak.

Tapi bila aku fikir2 balik aku le kut kelibat yg Adhie nampak dalam keadaan mamai2 tu. Aku mmg duduk hujung katil sambil kemas2 segala resit dan dokumen yg aku terima hari tu.

Esoknya aku tanya Adhie untuk dapatkan penjelasan, kenapa dia tiba2 bangun dan tanya dengansiapa aku bercakap, tapi dia nampaknya enggan untuk mengulas apa2.

Biarlah apa yg terjadi di Bangkok itu menjadi misteri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...