Langkau ke kandungan utama

Tempat Jatuh... Bangkit Sendiri


Alhamdulillah. Memijak jugak aku semula UUM.

Rancang dengan Wan lama dah. Tiga-empat tahun sudah. Baru tahun ni kesampaian. Kebetulan ada tiket murah aku apa lagi ketik2 beli lah. Nak tunggu 2020, takut tak berjalan plak rancangan ni.

UUM dah banyak berubah. Begitupun ada tmpt2 yg masih aku cam dan membikin seolah-olah aku tidak  pernah tinggalkan UUM biarpun sudah lebih 13 tahun. Datang ke sini macam aku bercuti semester seminggu dua dan kembali dengan suasana baru!


Sebelum aku tinggalkan UUM dulu seingat aku dah ada DKG 5... Skrg dah sampai DKG 6. Ada plak tu laluan pejalan dan jambatan untuk ke Laluan A. Lebih dekat lah kalau yg menginap di Kolej Laluan A.

Ooopsss... Skrg dah tak panggil Kolej Kediaman. Kolej Kediaman dah ditukar dengan INAP SISWA... atau pendeknya INASIS.

Sekolah, pusat, jabatan atau apa nama yg dipanggil pun dah bertambah dengan pesatnya.



Paling menarik, The Mall pun sudah berubah wajah dan menawarkan tempat-tempat lepak yg hipster.

Jangan terkejut bila masuk-masuk je The Mall ada Pizza Hut.

Zaman-zaman kami dulu yg paling hebat pun Marry Brown.

Menjejakkan kaki sekian lamanya di The Mall aku dapati ada bberapa lot dah takde... Macam Bank CIMB, Pejabat Pos.... Koperasi dan Kedai Buku UUM pun dah berubah lokasi.




Aku pun tak banyak sangat ambil gambar. Curi-curi je gitu. Sebab kitorang ni konon-kononnya tak nak nampak mcm org luar sangat. Try blending lah kiranya dengan mahasiswa-mahasiswi ni... Hahaha... Berangan tok nenek.





Sempat jugak kitorang singgah Pasar Malam Changlun atau dikalangan siswa UUM dipanggil PMC.

Suasana dan lokasi dah berubah. Feeling PMC dulu tuh dah tak sama.

Aku ingat2 dulu masa Matrik dan Degree sakan nak pergi sini... Takde lah spesel sangat pun sebenarnya. Asal boleh outing, cuci-cuci mata beli snek sikit jadilah.

Masa kitorang ni masih awal lagi. Bayangkanlah pukul 5 dah sampai mana tak nya.


Tempat ni pun dah bertukar.

Lama jugak aku menyewa dan merempat sini masa ambil Master. Bayangkan tu 5 tahun. Banyak kenangan yg tersimpan...

Belok yg sini masa aku praktikal dan awal2 Master dah ditukar menjadi sekolah antarabangsa. Rasa belok lain tak byk beza sangat. Kalau ada pun mungkin dah ada penambahbaikan.


Sarapan di Restoran Dalam Tasik. Tenang je di sini. Sebelum pergi sempat lah menyinggah Anjung Tamu.


Singgah sekali lalu je lah. Ambil apa yg patut. Entah bila pulak lepas ni nak ke mari lagi.


Sebelum aku tamatkan entri kali ni. Aku belanja mercu tanda baru UUM dipanggil BULATAN MASA.

Hingga ke entri akan datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...