Langkau ke kandungan utama

I Survived 2019

Tinggal beberapa hari lagi 2019 bakal melabuhkan tirai. Aku sudah tidak sabar merencana aktiviti tahun depan.

Setakat ni dua rancangan dah konfem.

Hujung Mac selempang Awal April aku akan terbang ke Serambi Mekah, Aceh.

Ikutkan, Aceh ni takde dlm senarai destinasi yg aku nak lawati. Dah aku setuju ikut kawan jadi pergi jelah.

Yg beriya nak pegi belum beli tiket apa semua. Aku dah setelkan dulu. Takut tunda2 tak jadi pulak.

Kalau dia tak jadi, aku akan tetap terbang jugak ke Aceh.

Beli tiket awal tu dah tanda aku tekad lah tuh.

Rancangan kedua pun dah siap semua beli tiket. Awal Julai tahun depan, kalau takde aral melintang akan menonton persembahan PGL The Musical arahan Puan Sri Tiara Jacquelina.

Tiket persembahan aku dah beli pada malam pelancaran tiket dibuat. Teruja tak teruja tuh. Walaupun bukan Puan Sri Tiara yg membuat persembahan, sekurang-kurangnya dapat melihat PGL dipentaskan sudah cukup bagi aku.

Lama terpendam keinginan utk menonton secara langsung naskah PGL dlm bentuk musical. Maklumlah masa musim2 awal dulu, belum berduit lagi.

Selesai menonton persembahan aku tak balik terus Sabah. Aku atur perjalanan ke Terengganu.

Tiket penerbangan dah beli jadi harap aku sampai lah di sana dengan selamat.

Dah alang2 ke KL tu rugi pulak sekadar turun utk tengok persembahan PGL The Musical. Peluang yg ada aku manfaatkan untuk ke destinasi baru.

Ke Terengganu ni mesti kena bawak dron. Tak sabar nak shoot Draw Bridge yg menjadi mercu tanda baru Terengganu.

Selain dua rancangan travel ni ada lagi destinasi yg dirancang tapi setakat ni masih belum ada apa2 pengesahan dari kawan2. Harga tiket masih mahal dan kami masih berharap harga merundum bila tiba masa kami ke destinasi berkutnya.

Mengimbau 2019, menyaksikan aku terbang ke 4 destinasi. Kuching, Jogjakarta, Bangkok dan akhir sekali Alor Star (ke UUM).

Aku terbang banyak tu ada sebabnya jugak.

Risaukan yg hari-hari di kampeni tempat kerja aku ni tidak lama lagi ke penghujung, aku isikan dgn travel.

Walaupun habis juga 2019, tapi tahun depan kami pun tak tahu lagi.

Dengan gaya pengurusan skrg, bila-bila saja boleh gulung tikar. Mau tak mau kena lah maksimumkan peluang yg ada. Esok2 bila dah tak kerja di kampeni ni lagi mungkin dah susah sikit nak ke mana-mana.

Sini senang sikit nak atur cuti. Tempat lain tak tau lah kan.

Ada juga terfikir utk buat Plan B, tapi tuhan masih belum buka pintu rezeki tuh. Bila sampai waktu tu aku harap dipermudahkan semuanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...