Langkau ke kandungan utama

BELUM BEROPERASI




Ketika entri ini ditulis, hotel tempat aku berkerja masih belum beroperasi. 

Mungkin tidak jelas bagi sesetengah ORANG apa maksud BELUM BEROPERASI sekaligus menimbulkan dilema kepada banyak orang seperti berikut...

"Errrr... kalau belum beroperasi kenapa kau angkat talipun?"

"Saya nampak di page kamu ada tulis situ open 24 hour."

"OK, tapi swimming pool kamu buka bah kan?"

Kau fikir Hotel ni macam kedai runcit. Bila tak beroperasi, tak buka sehari tutup bodoh mcm tu je? Cukup kunci dengan pendadu.

Bila cakap buka, memang la buka pun. Pejabat masih buka, pekerja masih ada. Habis takan nak biar tiada staf? Mestilah kena ada sekuriti paling bodoh pun. Takan kucing jiran kau pulak nak jaga tempat ni. 

Bil api, bil air, bil telefon semua masih jalan... Itu siapa nak terima? Siapa nak gi bayar?Mak mentua kau ker?

Yg tak beroperasi adalah urusniaga. Tak jual bilik, restoran tak bukak. Tak terima tempahan.

Nak cakap bodoh, pandai pulak beli barang online melalui Shoppee.

Bila cakap tempahan online ni lagi satu bikin aku naik hangin seluruh badan.

Awal tahun ni pihak pengurusan mengambil keputusan utk menyertai satu francais ni. Korang carilah kat entri2 sebelum ni kalau nak tau apa... Itu pun kalau aku ada sebut lah.

Aku dah cakap belum beroperasi. 

Wakil francais pun kata dah tutup tempahan atas talian. Tapi herannya makin rancak tempahan masuk ke kantung emel.

Lepas tu call center pulak lagi kol nak sahkan kami belum beroperasi ke tak? Boleh terima tempahan ka tidak?

Sistem apa yg korang pakai ni oi.

Mintak mahap lah nak cakap. Nama aje francais antarabangsa tapi pakai sistem kampung. Sistem kampung2 lagi bagus dari ni.

Once ko dah tutup tempahan... makanya automatik tutup lah terus. Makcik jiran ko bukak sistem lusa ke akan nampak Hotel kami SOLD OUT. BFF makcik jiran ko pun view sistem yg sama akan nampak benda yg sama.

Ni apa kejadahnya dah TUTUP tapi tempahan masih mencurah?

Lepas tu boleh lagi call center tanya mana lagi hotel francais di sana yg terdekat?

Dah le musim PKP ni buat otak kita pengap. Berurusan lagi dengan orang2 bengap. I give up.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...