Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

Penting!

Hamboi, cepat je nak hapdet kan? Ginilah kaedahnya. Bila ada org tmpt kerja kau yg kau tak suka ambil keputusan tinggalkan kampeni. Rasa macam... tahun baru lembaran baru wey! Lega sangat-sangat. Setahun pendam perasaan benci tu kan. Fuh, lega yg teramat. Begitupun aku nebes juga dgn masa depan nanti ni. Baru-baru ni nampak ada org buat tiktok pasal hotel kami ni. Aku tahulah siapa tu. Masa dia buat video aku tengah bertugas. Video dia tu bukan main lagi mcm ada paranormal la sangat. Padahal takde apa pun. Baca respon di bawah mcm2 ada... Ada siap mengaku lagi pekerja di sana. Takde kami pekerja nama Siti tau! Dan banyak juga luahan berasa sedih sebab hotel dah tak beroperasi. Kalau korang sedih. Aku lagi sedih. Periuk nasi aku ni wey. Dengan berambusnya si melaun ni. Masa bekerja mungkin akan bertambah. Tak tahu lagi akan ada pengganti atau tidak. Selama ni mmg kerja semua aku buat pun. Jadi aku tak terasa terbeban sangat. Masa bekerja tu jelah yg aku resah gelisah. Takde org nak gant...

Dua Puluh Dua Puluh

Hujan akhirnya berhenti. Jariku mula gatal mahu mengetuk-getuk papan kekunci. Ku jenguk di luar. Langit masih murung. Hati terdorong utk mengarang. Aku kira semua mengalami episod gelap sepanjang tahun 2020. Tahun yg kononnya Malaysia diwawasankan bakal menjadi negara maju. Teringat aku masa sekolah dulu, naif serta malas ambil tahu hal ehwal dunia dimomok dengan gagasan Chedet: WAWASAN 2020. Siapa tahu kenapa tahun 2020 di pilih, tanya cikgu diperhimpunan. Aku yg cuba hadir di ketika, menelinga penjelasan. Lain kali kalau cikgu lain tanya aku dah ada jawapan. Yakin. Habis sekolah, masuk matrikulasi dan keluar universiti, apa perincian wawasan pun aku tak pernah cuba ingat. Agaknya aku tahu secara buta tapi seakan mengerti bahawa Wawasan tu tak mungkin tercapai atau sekurang-kurangnya pada tahun yg dipilih. Dalam akal fikiran aku hanya ada bbrpa perkara yg aku tidak bicarakan dengan sesiapa. Betapa dalamnya lubuk hati aku ini tidak ada siapa boleh mengakalinya... Chewah!  Sesekali ...

Syurga Yang Dirindukan

Sedar tak sedar dah lama kita tinggalkan zaman PKP, ABC segala tu. Skrg dah boleh ke mana-mana tanpa pemakaian pelitup muka. Namun cabaran selepas PKP, jauh lebih rumit. Ada yg bangkit terus mara, maju ke hadapan. Namun ada yg tersungkur terus tidak menampakkan diri. Aku ingat bila hotel tempat aku bekerja ni beroperasi semula, bolehlah aku kongsikan kisah sulit sebagai pekerja hotel sepanjang PKP.  Otak ligat merencana, membuat rangka kasar, meskipun liat mengarang. Rancangan tinggal rancangan.  Apabila surat pembatalan terminat kad kredit hotel sampai, barulah aku sedar dari dodoian sendiri. Aku sememangnya tahu, malah menyedari, pemilik hotel sepanjang tahun ini, berusaha mencari penyewa bagi membuka semula hotel. Bakal penyewa, satu demi satu datang... sendiri, berkumpulan, orang tempatan, orang luar... bermacam ragam dengan niat masing2 utk memajukan hotel ini. Dengan ejen segala ejen, 2022 belum membuka jalan untuk hotel buka semula. Dalam hati berbisik, lambat laun pemi...

Harap Maklum

Postingan ni aku cedok dari pesbuk, dari dinding seorang sahabat. Sebenarnya takde la isu besar sangat tapi membuatkan aku berdialog dengan diri sendiri. Memaksa aku utk melihat diri sendiri dan org sekeliling.  Bermuhasabah. Rasanya dah lama aku perhatikan. Bukan sehari dua, bertahun-tahun dah pun. Dengan data yg begitu banyak, malah menimbun, sudah lebih dari cukup untuk membuat kesimpulan kasar. Namun aku tetap utk memilih lebih positif.  Give them the benefit of doubt , org putih kata. Sudahnya, kita tinggal makan habuk. Apa saja yg aku letak di luar adalah dalam bentuk perkongsian. Perkongsian begini, sepatutnya mendapat reaksi tertentu. Kalau SEEN/VIEWS itu dianggap reaksi sudah tentulah banyak. Tapi yg memberi reaksi sebenarnya hanya segelintir. Sebut segelintir sebab reaksi tu dari org yg sama juga. Yg lain-lain tidak anggap perkongsian aku itu berguna kah? Ini mungkin sekadar contoh jelah apa yg hari-hari aku lalui. Kekadang aku lihat tu kat TikTok peluang utk mendapa...