Langkau ke kandungan utama

Dua Puluh Dua Puluh

Hujan akhirnya berhenti.

Jariku mula gatal mahu mengetuk-getuk papan kekunci.

Ku jenguk di luar. Langit masih murung. Hati terdorong utk mengarang.

Aku kira semua mengalami episod gelap sepanjang tahun 2020. Tahun yg kononnya Malaysia diwawasankan bakal menjadi negara maju.

Teringat aku masa sekolah dulu, naif serta malas ambil tahu hal ehwal dunia dimomok dengan gagasan Chedet: WAWASAN 2020.

Siapa tahu kenapa tahun 2020 di pilih, tanya cikgu diperhimpunan.

Aku yg cuba hadir di ketika, menelinga penjelasan. Lain kali kalau cikgu lain tanya aku dah ada jawapan. Yakin.

Habis sekolah, masuk matrikulasi dan keluar universiti, apa perincian wawasan pun aku tak pernah cuba ingat.

Agaknya aku tahu secara buta tapi seakan mengerti bahawa Wawasan tu tak mungkin tercapai atau sekurang-kurangnya pada tahun yg dipilih.

Dalam akal fikiran aku hanya ada bbrpa perkara yg aku tidak bicarakan dengan sesiapa. Betapa dalamnya lubuk hati aku ini tidak ada siapa boleh mengakalinya... Chewah! 

Sesekali bila timbul, aku akui, iya... meski bukan Wawasan tapi ia sudah terjadi cuma belum menjadi sejarah:

Aku mahu tinggal di tepi pantai dan kerja juga di tepi pantai.

Kerja apa tidak pernah kubincangkan. Namun pada Disember 2010, aku mula bertugas di hotel ini... 

Berhujan batu lah aku di syurga baru ini... 

Hujung 2019 aku sudah mahu merancang-rancang masa depan. Maklum saja, tahun 2020 dah 10 tahun aku bekerja di sini. 

Selepas ini apa?

Dan Covid terjadi. 

Seperti kesan gelombang tsunami, sepuluh tahun kota impian yg aku bina di sini roboh, menjadi rata... Usahaku percuma, jadi hampas.

Hotel ni sebenarnya sedang menuju ke arah apa yg berlaku sekarang. Dari 60 orang kakitangan tinggal ke 16. Dalam gerak perlahan.

Pandemik Covid membantu mempercepatkan.

Memang ada usaha utk menyelamatkan. Mungkin itulah juga pengurusan memilih utk tandatangan kontrak dengan OYO.

Aku bagaimanapun kurang bersetuju dengan keputusan pengurusan ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...