Langkau ke kandungan utama

Penting!

Hamboi, cepat je nak hapdet kan?

Ginilah kaedahnya. Bila ada org tmpt kerja kau yg kau tak suka ambil keputusan tinggalkan kampeni.

Rasa macam... tahun baru lembaran baru wey! Lega sangat-sangat. Setahun pendam perasaan benci tu kan. Fuh, lega yg teramat.

Begitupun aku nebes juga dgn masa depan nanti ni.

Baru-baru ni nampak ada org buat tiktok pasal hotel kami ni. Aku tahulah siapa tu. Masa dia buat video aku tengah bertugas.

Video dia tu bukan main lagi mcm ada paranormal la sangat. Padahal takde apa pun.

Baca respon di bawah mcm2 ada... Ada siap mengaku lagi pekerja di sana. Takde kami pekerja nama Siti tau!

Dan banyak juga luahan berasa sedih sebab hotel dah tak beroperasi.

Kalau korang sedih. Aku lagi sedih. Periuk nasi aku ni wey.

Dengan berambusnya si melaun ni. Masa bekerja mungkin akan bertambah. Tak tahu lagi akan ada pengganti atau tidak.

Selama ni mmg kerja semua aku buat pun. Jadi aku tak terasa terbeban sangat. Masa bekerja tu jelah yg aku resah gelisah.

Takde org nak ganti macam mana nanti ni?

Kita bukan selamanya sihat. Dan bukan selamanya tiada hal yg nak diuruskan diluar.

Mujur hal-hal kecil dah ku setelkan minggu sudah. 

Alah bukan apa sangat pun. Ganti kad debit je... Semua kebetulan dah luput.

Ada juga yg aku rekues secara talian. Tunggu punya tunggu, kadnya tiada. Bagus walk-in jelah gitu. 

Sesambil tu berkunjung la aku ke pawagam.

Uish tak ingat bila kali terakhir aku injak panggung. Macam raya lepas kut. Tengok Dr Stranger yg multiverse tuh.

Kali ni aku tengok Avatar 2. 

Panjang 3 jam punyalah. Panggung pulak tak ramai org... almaklum aku ambil tayangan 10.15am. Beberapa baris je ada orang.... Beku kesejukan aku. Dah pakai baju lengan panjang pun tetap rasa sejuk sampai ke tulang.

Memandangkan sekali sekala pergi panggung. Aku pun apa lagi. Tengok lah yg 3D. Phew... puas hati super realistik CGI yg dipersembahkan. Tak sabar nak tengok lagi dalam 2D... tapi main sedut jelah yer. Bukan dah kat panggung.

Jalan citer biasa2 aje sebenarnya... tapi berbaloi lah penantian.

Okeylah, 30hb ni bermula perjalanan baru. Tanpa anasir parasit yg menyemak perasaan. Apa yg mendatang, akan kuhadapi dengan kecekalan.

Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...