Langkau ke kandungan utama

Syurga Yang Dirindukan

Sedar tak sedar dah lama kita tinggalkan zaman PKP, ABC segala tu. Skrg dah boleh ke mana-mana tanpa pemakaian pelitup muka.

Namun cabaran selepas PKP, jauh lebih rumit. Ada yg bangkit terus mara, maju ke hadapan. Namun ada yg tersungkur terus tidak menampakkan diri.

Aku ingat bila hotel tempat aku bekerja ni beroperasi semula, bolehlah aku kongsikan kisah sulit sebagai pekerja hotel sepanjang PKP. 

Otak ligat merencana, membuat rangka kasar, meskipun liat mengarang.

Rancangan tinggal rancangan. 

Apabila surat pembatalan terminat kad kredit hotel sampai, barulah aku sedar dari dodoian sendiri.

Aku sememangnya tahu, malah menyedari, pemilik hotel sepanjang tahun ini, berusaha mencari penyewa bagi membuka semula hotel.

Bakal penyewa, satu demi satu datang... sendiri, berkumpulan, orang tempatan, orang luar... bermacam ragam dengan niat masing2 utk memajukan hotel ini.

Dengan ejen segala ejen, 2022 belum membuka jalan untuk hotel buka semula.

Dalam hati berbisik, lambat laun pemilik akan buka juga hotel ni sendiri kalau tidak jumpa penyewa yg sesuai.

Alangkah silapnya aku membuat andaian begitu.

Kalau dah talian talipun pun tiada dan skrg pula terminal kredit kad ditutup makanya yg dulunya dianggap Syurga akan terus tutup.

Dah macam tu kenapa kau masih setia bekerja di sini?

Setia?

Kau ingat aku kerja di sini untuk mencari keredhaan Ilahi?

Kalau bukan kerana ada EMPAT bulan gaji tertunggak dah lama aku tinggalkan hotel ni. Ingat aku senang-senang nak bagi Hotel lepaskan tanggungjawab?

Senyum lebarlah mereka sekeluarga.

Habis tu hotel bayar gaji kau tak?

Gaji tertunggak sampai begitu banyak bukan salah pengurusan sekarang. Pengurusan skrg, nak kata cemerlang tu tak lah, tapi tetap membayar gaji setiap bulan tanpa gagal.

Yg culas membayar gaji ni pengurusan terdahulu. 

Selesai pembayaran apa-apa yg tertunggak, Insha Allah rezeki ada di mana-mana. 

Bos cakap nak mula bayar tunggakan Januari tahun 2023. 

Aku sambut berita itu dengan baik.

Seperti mana-mana khabar berita baik yg diterima musim sekarang... Aku tidak terlalu mengharap. Mengharap nanti kecewa.

Dulu bolehlah kau minta itu, ini. Elaun macam-macam dapat. Dompet gemuk. Sekarang, lebih banyak resit klim itu ini yg ntah bila kan dapat.

Tiada bisnes, tiada la duit. Begitu lah realiti kalau bukan kerja dengan kerajaan...

...bersambung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...