Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2023

Kongsi Sepuluh

 Twitter pun dah jadi X. Pesaing X plak Threads. Blog apa cerita? Aku pun jarang2 dah jenguk ke sini. Kenalan2 dari blog pun semuanya dah berhijrah ke media yg lebih hip seperti Tiktok. Blog dulunya give a lot joy ... some kind of santuary . Skrg dah mcm tak relevan. Org lebih suka perkongsian pendek2 sahaja. Scroll, scoll ... Lupa. Ada bagusnya jugak blog ni mulai dilupakan. Dengan ketiadaan pengunjung. Luah meluah boleh bebas. Tak perlu acah2 nak " private " kan blog. Besok kalau ada org terbaca pun, dah old news . Lagipun siapa je yg nak bother cerita kau. Tahun ni pun walaupun belum berakhir serasa hambar. Awal tahun sahaja yg mengisi catatan. Ah itu pun aku lupa nak sembang. Sibuk buat video je kan. Dah malas nak mengarang bagai. Alkisahnya, awal tahun ni, adik bongsu aku kahwin.  Kadang2 aku pun lupa umur semua semakin meningkat. Sampai waktu, ada yg bertukar status dari bujang ke berkelamin. Aku tak fikir mcm tu dgn adik2 aku. Biar pun ni dah kali kedua...  Di sudu...

PLHIV

  People living with Human Immunodefiency Virus. Biasa dengar tapi tak berapa ambil peduli. Lewat bulan lepas aku seakan diperkenalkan semula dengan akronim ini. Dan mula ambil peduli. Begini ceritanya... Semuanya secara tak sengaja. Tiada niat nak korek aib org. Lagi-lagilah individu ni org yg aku pernah kenal. Dulu akrab, namun sejak PKP tu renggang. Tiga tahun berlalu menyepi, aku tak terfikir pun akan dapat tahu status kesihatannya melalui cara begini. Bermula dengan satu ciapan MELALUI AKAUN YG TAK DIKENALI. Pendedahan terjadi. Kawan ni berkongsi gambar PBAKL2023. Aku yg tak dapat pergi utk kali ni berasa teruja. Biarpun gambar tu HANYA pintu masuk ke PBAKL2023, aku tetap tinggalkan komen WOW, tanda I was here.   Berharap akan ada perkongsian lain aku terus mengikuti dan menghidupkan notifikasi. Pada bio profil ada ringkasan sejarah status HIV si kawan. Aku baca sekali imbas. Tak ambil pusing lagi siapa pemilik akaun. Lebih kurang seminggu kemudian, si kawan muncul dengan...

Bai bai 2022, Hai hai 2023!

2022 baru saja melabuhkan tirainya. Diambang 2023 aku menerima beberapa siri mimpi. Mimpi-mimpi lain tu aku kira boleh dihuraikan dengan mudah. Hanya satu tu buat aku pening sikit. Aku tak ingat sangat rincian mimpi tu; siapa yg terlibat dan di mana ia terjadi. Dalam mimpi tu aku macam sedang membayar sesuatu tapi aku tak ingat beli apa. Dari gaya aku membayar tu sahlah bukan di kaunter pasaraya. Lebih macam pasar minggu atau tamu, gitu. Penjual duduk dan aku membongkok menghulurkan duit. Macam yg aku cakap, aku tak ingat beli apa, tapi aku ingat aku serahkan dua keping duit syiling dua puluh sen. RM0.20 x 2 = RM0.40 Sejak PKP tempohari, aku lagi suka ke kedai tanpa tunai. Namun bukan semua tempat terima pembayaran macam QRPay atau pun Booster. Kalau di pasaraya besar tu boleh lah kau paywave. Kalau macam pasar minggu tu, rata-rata yg berniaga org kampung pisuk-pisuk, maka cara pembayaran pun pastinya bentuk tunai. Sebetulnya, tamu pun lama dah la aku tak pergi ni. Rindu tamu ker? Tak ...