Langkau ke kandungan utama

Kongsi Sepuluh

 Twitter pun dah jadi X. Pesaing X plak Threads.

Blog apa cerita?

Aku pun jarang2 dah jenguk ke sini. Kenalan2 dari blog pun semuanya dah berhijrah ke media yg lebih hip seperti Tiktok.

Blog dulunya give a lot joy... some kind of santuary. Skrg dah mcm tak relevan.

Org lebih suka perkongsian pendek2 sahaja. Scroll, scoll... Lupa.

Ada bagusnya jugak blog ni mulai dilupakan. Dengan ketiadaan pengunjung. Luah meluah boleh bebas. Tak perlu acah2 nak "private" kan blog.

Besok kalau ada org terbaca pun, dah old news.

Lagipun siapa je yg nak bother cerita kau.

Tahun ni pun walaupun belum berakhir serasa hambar. Awal tahun sahaja yg mengisi catatan.

Ah itu pun aku lupa nak sembang. Sibuk buat video je kan. Dah malas nak mengarang bagai.

Alkisahnya, awal tahun ni, adik bongsu aku kahwin. 

Kadang2 aku pun lupa umur semua semakin meningkat. Sampai waktu, ada yg bertukar status dari bujang ke berkelamin.

Aku tak fikir mcm tu dgn adik2 aku. Biar pun ni dah kali kedua... 

Di sudut hati, aku macam eh, dah kahwin?

Masing2 dah ada hidup sendiri.

Harapnya, the last wedding in my family. 

Aku ingat lagi tahun lepas masa raya puasa, pakcik Jumak, ada berseleroh ajak ramai2 konvoi balik kampung tahun depan. Tak sangka pula jadi kenyataan!

Cuma tu jelah takdelah berkonvoi kereta atau bermotor. Mak bapak pun dah tua. 8 jam di jalan raya yg simpang siur, may take a toll on their health. Jadi, naik kapal terbang ajelah lebih cepat.

Kebetulan bini adik aku org Tawau, maka dua dalam satu lah.

Menyempat jugaklah ke Semporna, dengan hajat nak ke Bohey Dulang. Hajat terpaksa ditangguhkan. Sebab risaukan keselamatan pengantin lelaki.

Bila lagi berkesempatan ke Semporna tak tahulah.

Ni nak balik kampung pun, Kongsi 10, Kampung Jawa tu 20 tahun baru jejak tau!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...