Sekitar 7.10 pagi, aku pergi ke restoran berdekatan utk bungkus sarapan.
Kuih karipap jelah biasanya. Sebab kuih karipapnya sedap. Sebelum orang serbu habiskan, baik aku beli. Gigih tu awal pagi.
Dalam perjalanan ke Restoran Santapan (dah pindah operasi), aku nampak pembonceng motor tengah buang sampah. Trafik di jalan raya bergerak perlahan. Hening pagi masih ada.
Tak sibuk, tiada kekecohan.
Ketika Restoran Santapan sudah mula ada dipandangan, aku lihat pelanggan-pelanggannya bercempera tak tentu hala. Meninggalkan makanan yg belum dijamah atau tak habis lagi.
"Kau tidak rasa gegaran dek?"
Aku pun tak ingat apa yg aku jawab.
Sekembali ke tempat kerja aku tengok kipas di siling beralun-alun. Tiada angin. Pagi tu tenang sahaja.
Staf semua macam masing-masing bersembunyi. Bila mereka memunculkan diri semula aku tegur mereka. Kalau berulang lagi begini, pergi ke tempat terbuka. Bukan masuk dalam bangunan.
"Kau tidak rasa gegaran kah?"
Soalan yg sama lagi.
Gegaran pagi tu tiada. Dan juga beberapa gegeran susulan selepas itu. Entah tak tahulah kenapa. Tiada rezeki.

Ulasan
Catat Ulasan