Langkau ke kandungan utama

Nafsu Nafsi


Hotel buat lelongan inventori lama. Dari disimpan lama dan rosak dalam simpanan lebih baik dicairkan menjadi tunai. Memandangkan aku terlepas sesi pertama (saje je Babu Kuntum buat2 lupa aku dah tempah), jadi aku balas dendam dengan angkut dua TV sekali.

Masing-masing berharga, RM 50 utk yg TV 21" dan RM10 utk yg TV 14" (yg tergeletak atas sofa warna maroon tu).

Buat masa ni, belum bawa balik lagi dua2 tv tuh. Tengah fikir nak letak mana dalam Istana tepi pantai tuh nanti. Huhuhu... Dalam bilik air ke?


Suasana awan ketika tengah tunggu bas pagi tadi. Rasa macam ribut aje nak datang. Risau jugak tadi kalau2 dimandikan lagi. Nasib baiklah, bas sampai dulu sebelum hujan. Bukan apa, byk menda yg cepat basah aku bawak pagi ni. Takut2 belum sempat serahkan kepada empunya tuan, dah kembang macam biskut cicah dalam kopi.


Petang ni aku akan masak Sphaggeti Bolognaise utk potluck malam nanti. Aku sediakan sikit aje kot, bimbang tak kena dengan tekak orang Melayu. Kalau licin malam ni, potluck akan datang aku double kan servingnya. Cukuplah utk kenyangkan 6-8 orang begitu (Untuk makluman: Kakalenda dan Babu Kuntum dikira dua orang yea)... Ha-ha

Apa2 kejadian malam nanti aku hapdet esok, hokay?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.