Langkau ke kandungan utama

Perihal Potluck

Sebelum mengampai aku penuhi permintaan Kakalenda utk menulis entri ni. Dah tulis tu, jangan kau tak baca pulak yea.


Tiada diulun, makanya aku sendirilah membungkus hadiah ni pagi tadi. Nak kelainan aku belajar dari satu tutorial dalam youtube. Bungkus hadiah gaya Jepun katanya. Ha, amek kau.


Alhamdulillah, potluck berjalan lancar. Hadiah yg aku bungkus tuh pun telah selamat diserahkan kepada Kakalenda sempena menyambut ulangtahun beliau yg ke 29 (6 tahun yg lalu). Sorilah lambat sikit bagi hadiahnya. Patutnya minggu lepas... Memandangkan potluck tu ditangguhkan terpaksalah serahkan hari ni. Harap suka yer.


Bercakap mengenai persiapan potluck malam ni,sebenarnya ala kadar je walaupun sedikit panik. Maklumlah dah lama tak ke dapur. Belum kering peluh dah bergegas menyiapkan bahan-bahan utk dimasak. Babu Kuntum hanya sekadar menonton dari tepi, seolah-olah macam dia pulak pengacara dan aku chef dalam sebuah rancangan masak memasak.

Camera roll ke tidak, siap masak, mangkuk periuk aku hulur Babu Kuntum utk cuci. Bab cuci mencuci ni aku mmg malas.

Rizan, Nora, Eh siapa ni?, Linda & Suzie
Ambil gambar kenangan selepas kenyang menikmati juadah yg dibawa masing2. Beginilah kalau ramai dgn agenda masing2. Mana yg dpt hadir, menyumbang apa yg patut, janji sedap dimakan.

Malam ni seperti biasa Kakalenda menyumbangkan Salad Kentangnya yg menjadi kesukaan kanak2 Ribena. Kari Ayam dari air tangan beliau juga tidak kurang enaknya, tapi mungkin lebih enak dimakan dgn roti menurut Nora. Apa-apa sajalah ko Nora.

Nora yg lidut hadir bersama Rizan pula membawa dua jenis sayur tumis melengkapkan lagi hidangan citarasa ala Melayu. Minuman ringan pula disediakan oleh Babu Kuntum.


Spaghetti Bolognaise? Menu utama jugak tu, tapi malu pulak nak cakap hasil masakan sendiri kan? Sapa yg dah pernah rasa tu, komen le... Ha-ha.

Perkara yg paling susah, adalah memulakan. Bila dah mula, semua akan jalan juga akhirnya. Potluck malam ini adalah yg pertama dari siri potluck yg kami rancangkan. Diharap pada masa akan datang, akan menjadi aktiviti bulanan yg dinanti-nanti. Skrg pun aku dah mula fikir, nak buat menu apa pulak? Takan Spaghetti Bolognaise lagi kan? Ha, apa kata kita cuba resepi lain pulak?

Apa-apa pun, kita sama-sama tunggu acara potluck yg berikutnya...

Ulasan

  1. Thank you for the DVD...and spaghetti bolognaise tu tak kurang hebatnya tau. X masam, just the way I like it:). Tapi kan...angel hair oh angel hair, buat aku hilang ingatan jer lah the next day! Kenapakah??? Eheheheh...

    p/s tunggu masa terluang nak menonton Oh Oku itu. Nanti aku review.

    BalasPadam
  2. pemenang kesan khas: angel's hair. tgk jam blom tghr lg. tak sabar nk santap salad kentang mlm td...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...