Langkau ke kandungan utama

Berderet Macam Keretapi


Selepas penerangan ringkas berkenaan gaji minimum RM800 tu, aku menjangkakan akan ada protes terbuka sebaliknya semua seakan-akan menyepi seolah-olah ada satu pakatan yg dicapai...

Menyemak baki terbaru akaun pagi ni, aku hanya mampu terkebil. Kalau bukan kerana ada baki terdahulu, sudah tentulah nampak sedikit. Aku cuba sedapkan hati, berfikiran positif. Sayangnya berfikiran positif tidak selalunya bagus utk aku.

Yg tinggal hanya tunggu slip gaji.

Minggu lepas, kami terima panggilan berkenaan NDTS Coach Programme. Menurut pemanggil kami perlu ditapis melalui satu pemilihan. Siapa pun org tu mereka hanya benarkan satu penyertaan diterima utk setiap kompeni.

Pelik bin Ajaib. Semua penyertaan diuruskan oleh HR. Tiada pula kami-kami ni perlu berurusan secara langsung dgn pihak penganjur.

Apa cerita sebenarnya ni?

Setelah dirujuk dgn HR, penyertaan kami sudah pun disahkan oleh penganjur dalam minggu lepas jugak tanpa perlu menjalani saringan. Utk apa si pemanggil buat aral begitu, kami hanya mampu berspekulasi.

Yg tinggal skrg hanyalah menunggu detik-detik menjalani kursus yg dijadualkan berlangsung dalam pertengahan November nanti.

Pemacu BD aku pula bagaimana?

Segala macam ujian yg aku buat, tapi tidak menunjukkan pun yg pemacu tu rosak. Agaknya aku terlalu optimistik sampaikan aku overlook model pemacu aku tu dah ancient. Kali terakhir perisiannya dikemaskini 4 tahun lalu.

Nampak gaya, kalau aku benar2 mahu memasuki era HD, dan yg penting boleh main BD Avatar aku tu, aku kenalah beli pemacu yg terkini (dan masih terdapat hapdet).

Pengajaran jugak kepada aku supaya tidak terlalu ghairah beli barang murah. Tidak seperti DVD, teknologi BD masih giat berkembang. Itu sebab pemain BD yg ada dipasaran kebanyakkannya disertakan dgn kebolehan mencapai Internet.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.