Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Ini tidak adil, TIDAK ADIL!

Terpaksa isi borang Late Comers pagi ini. Lambat datang 7.12 pagi. Yeay! Utk rekod, ini adalah Late Comers aku yg pertama utk tahun ni! Dengan suasana pengurusan menggandakan peraturan dan disiplin, tetiba plak aku datang lambat. Boleh? Ini tidak adil, tidak adil! Aku tidak dicipta utk datang lambat yea. Bas pukul enam yg takde. Plus, nasib tak bagus takde org nak tumpangkan... Huhuhu... Dan sampai2 aje - betulkan rambut - aku dapat tahu hari ni ada prospek balik lambat. Stress lah aku mcm ni! Family dari KL nak datang. Tapi aku stuck plak ditempat kerja. Duhhhh...

NDTS Coach Training Programme Siri 14/2013 (The Last Batch)

Si bos mintak aku buat laporan ringkas kursus hari tu... Apa yg aku paste ni the exact report yg aku hantar kat bos aku... Enjoy reading. Ahhhh... 18 November 2013 2.00pm - 5.00pm   - Daftar masuk hotel untuk semua 40 peserta dari bermacam bidang. Saya mewakili satu-satunya bidang perhotelan, subsektor, Guest Service Operation. 8.30pm - 10.30pm   - Icebreaking (berkenalan dgn peserta), pemilihan tajuk untuk pembentangan, pembahagian kumpulan berdasarkan bulan kelahiran. Melati Room. Dewan Seminar. 19 November 2013  8.30am - 10.30pm   - Pembentangan Pertama dan Pengenalan kepada NDTS. NDTS atau Nasional Dual Training System adalah salah satu cara untuk mendapatkan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia). NDTS sebenarnya diimport dari negara German. Proses latihannya menumpu kepada latihan amali di dua tempat: Pusat latihan dan Industri. Pusat latihan melibatkan Trainer/lecturer (20% - 30% amali), sementara Industri (tempat kerja) memerlukan penglibatan Coach (70% ke 80% amali)...

Saat Kepoyoan Bertukar Realiti

"Kau selalu pergi gym ka?", tanya Caesar. Ekceli aku tiada masa pun untuk pergi gym. Bila ada masa terluang (khususnya off day) aku akan dating dgn besi. Invest dengan beberapa adjustable dumbells, boleh lah jalan.. "Oh, patutlah lengan kau besar", tambah Caesar seolah-olah itu adalah sesuatu yg obvious. "Kau ada body sudah bah tu Zam. Kau tinggal mau kasi shape jak tu...", sampuk Lynda memberi kenyataan yg sama sejak kami gagal memasuki gym Promenade Hotel hari tu sebab ketiadaan kasut sukan... Tak cukup atas meja makan, dalam grup Coach Bergaya Lynda mengulangi kenyataan tuh... Jadi ko rasa ko tagap lah tu kan? Ini membuatkan aku berfikir... Dah tiga kali si Lynda ni tegur? Adakah aku patut buat sesuatu? Memanglah plan asal aku tu, sepatutnya dalam pertengahan tahun ni dah mula process cutting. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan... Tapi cutting tinggal cutting. Badan aku masih macam tu jugak. Nak salahkan makanan? Pffftttt lah kan... Yg penting ...

Be Who You Are!

Kes tak dapat masuk gym. Akhirnya flex muscle depan cermin jelah. Walaupun hakikatnya tade apa sangat yg nak diregangkan pun. Saje selfie... I'd probably had it easy sepanjang kursus di Promenade Hotel tu. Mungkin jugak sbb aku dah pernah melalui proses yg hampir serupa sebelum ni. Bukan sekali tapi dua kali. Back then, mmg gelabah nak mampus jugaklah sampai tak dapat tidur. Untuk kursus NDTS ni, aku dah lelap sblm pukul 10.00 malam lagi. Dan percaya atau tidak boleh terlajak bangun sampai pukul 6.30 pagi. Dah tu masih dalam keadaan ngantuk tuh... With the experience, Lesson Plan segala yg required for the presentation come naturally. Hulur komputer aku tat tu tat tu taip dah siap. In fact, bbrp jam sebelum Dinner aku dah boleh present without actually bother to practice. Apa pun tetap tunjukkan kerja jugak pada fasi, kot2 salah tang mana-mana. Alhamdulillah, fasi Haji Tukimin bagi lepas. Jadi hati pun lega utk melelapkan mata. The funny thing, aura "cikgu" aku tu masih a...

Tipikal Me

Selesai kursus, pukul sembilan aku terus daftar keluar dari hotel. Aku rasa aku mesti balik secepat mungkin. Walau pagi tu masih ada sisa waktu utk diluangkan bersama kawan-kawan baru sepanjang kursus NDTS Coach Programme. Lima malam berkampung dengan mereka menumbuhkan rasa ukhwah di luar dugaan. 8 Star, Shine Together. Grupmate aku. Semua dapat markah 90% and above! Syabas! Alhamdulillah kesemua 40 peserta - yg sentiasa support each other - layak ditauliahkan sebagai Coach dengan 27 peserta mendapat markah 90 ke atas. Markah lulus persembahan adalah 70%. Sijil akan menyusul. Jika dimurahkan rezeki mungkin akan didaftarkan sebagai pakar utk bidang yg aku ceburi. Last batch dikursuskan tahun ni... Aku sepatutnya seronok. Markah persembahan aku pun 90% ke atas. Cemerlang. Tapi entah kenapa aku tidak rasa begitu. Yg aku perlukan pada masa tu, bersendirian. Yep, satu masa utk bersendiri. Semua ini seakan menyesakkan! Sebelum bau Promenade Hotel tu melekat, baik aku berambus skrg, fikir ak...

Bergerak Solo Lagi Kali Ni...

Dengan segala hormatnya, aku pun menerima tawaran pergi kursus ni dgn hati sedikit berat. Rancangan asalnya Trio santan berlada. Tapi atas halangan2 yg mungkin direka dari awal, aku terpaksa akur yg kursus ni aku aje yg wajib pergi. Sendiri lagi kah? Ikut surat akan duduk berdua sebilik. Sekatat ni memang tiada cara lah nak tahu duduk dengan siapa. Harap dpt duduk dgn org satu kepala. Aku pun tak letak apa2 harapan sepanjang Enam Hari berkursus tu. Yg aku nampak buat masa ni sbg peluang utk aku lari sekejap dari kesibukan di tempat kerja. Aktiviti-aktiviti yg disenaraikan pun macam padat sampai ke malam. Memang tiada masa lah utk aku curi2 sambung menonton Grey's Anatomy. Inikan pula waktu utk berpeleseran di bandar Metropolitan Kota Kinabalu pada sebelah malamnya. Entah kenapa, tiba-tiba teringin nak menikmati bayu malam di Anjung Senja bertempat di hadapan Hotel Promenade tu sambil meratah Satay Kajang panas-panas. Baru dapat mesej dari Jz semalam. Utk misi menawan Gunung Kinabal...

Rilek Luk! Jangan Marah-marah.

Pernah tengok monyet senyum? Macam tulah aku senyum kemarin petang bila nampak isi The Twilight Saga - The Complete Collection [DVD] ni. Membusung dada kejap walau lelah baru balik kerja belum surut. Siap gambar terus haplot ke IG kongsi dgn kawan2. Ekceli aku dah lama nak beli koleksi ni sejak Mac awal tahun ni lagi. Tertunggu-tunggu gitu. Memandangkan harganya masa tu kalau tukar ke RM lebih RM150 tidak termasuk ongkos penghantaran maka niat tu aku tangguhkan. Masuk bulan lepas aku tgk harga dia dah turun. Sudah turun dpt pulak diskaun lagi makanya harga akhir RM kalau dihitung-hitung sekitar RM80 aje. Dengan penjimatan sebegitu besar, berbaloi jugaklah penantian berbulan-bulan tu kan? Tapi ada cerita disebaliknya... Aku tempah DVD ni dalam pertengahan bulan Oktober dan dijangka akan sampai dalam hujung bulan yg sama. Entah apa masalahnya, tak sampai2. Amazon.co.uk yg tak pernah menghampakan, sekali aku buat aduan, terus aje membuat penghantaran kali kedua. Menariknya penghantaran ka...

Penantian Ditamatkan Hari Ini

The Twilight Saga - Complete Collection [DVD] Kembang kempis dada aku terima bungkusan dari UK sekejap tadi. Biarpun sblm ni bengang mcm sapi sawan, bila dah ada ditangan hati terus sejuk macam budak dapat susu... Tak kopek lagi pembungkus dia ni. Still in its original wrappings. Balik rumah karang baru aku kopek. Buka pembungkus sorang2 baru ada feeling! Tak tau lah apa maksud Extended Edition yg terpampang kat pelekat tuh. Aku pun tak penah tgk the whole saga. Just yg pertama aje. Tak dapat follow kat panggung, aku ada jugak rancangan nak collect satu2... Tapi impian tinggal impian... Awal tahun ni aku nampak kat Amazon, dorang jual boxset mcm ni. Jadi dari aku beli satu2 baik beli yg sekotak mcm ni... Senang nak simpan kan? Nak kata mabeles filem ni pada pendapat aku, tade le sangat. Cuma mood filem dia tu menyerupai aku yg sentiasa moody and blues ni kannn? Tak payah nak kesan CGI bagai nak bagi filem mengesan. Kalau kena pada perasaan, wayang yg gelap memanjang mcm Twilight ni pun...

Makan Karpet Dah Ni...

Senyuman hampa. Kosong. Sesekali terasa macam nak gigit2 karpet lepas geram. Tertanya-tanya apa yg terjadi sbb dah nak sebulan bungkusan masih belum sampai ke tangan. Status UPS pagi ini menunjukkan bungkusan tuh dah selamat sampai di Malaysia. Atas sebab tertentu yg tidak dinyatakan, bungkusan tuh masih terkandas di Shah Alam. Ikut jangkaan, hari ini bungkusan tuh sampai. Kalau terus-terusan terperap di situ terpaksa lah aku menghubungi Amazon.co.uk lagi bertanya-tanya apa masalahnya kali ni. Kastam kah? Perlu bayar cukai kah? Perlukan berita baik, aku ternanti-nanti satu lagi bungkusan. Malangnya bungkusan yg satu ni pun mcm celaka lambatnya. Buat aku Haiyan satu badan! Tujuh haribulan lagi dah sampai di KK. Mengikut jangkaan yg biasa aku buat, bila dah sampai ke pusat dia, esok atau lusa dah boleh dapat. Tebakan aku silap kali ni. Bungkusan tu sampai 11hb dan yg paling best tu selepas waktu pejabat. Kemarin pulak aku off day. Jadi sama jugak tipunya kan dapat selepas seminggu tempah...

Mi dan Pasta Sedunia

Dua November tu, percaya tak aku seharian tak makan nasi? Tengok ajela sarapan... Pagi2 dah makan mi segera. Sejak nampak Erma Fatima promo Mamee Chef kat dlm IG dia aku tergoda jugak lah nak cuba. Perisa yg sama, Tom Yam Thai, nampak aje kat Giant, Wawasan hari tu terus aku rembat. Okaylah not bad rasa dia. Kuah Tom Yam dia tu creamy dan yg bestnyer siap ada udang lagi... Tapi jangan expect udang basah lah yea. Udang kering je. Menjelang tghari aku masuk dapur lagi celur spageti. Kira segera jugaklah sbb sos dia tu aku tuang dari tin... Tin Prego perisa Sos Tomato Cendawan. Rasa dia masam2 sikit, tapi kalau dah lapar aku sapu aje. Aku tak habiskan satu tin tu... Selebihnya aku tinggalkan kot2 adik aku nak makan. Rangka jugak kan kalau habiskan satu tin... Kononlah, berhati baik. Padahal tak kena selera. Lepas tu aku simpan perut sampai malamnya. Lepas habis nengok wayang Thor 2 tu katanya baru nak makan... Hahaha... Mmg silaplah... Gastrik datang. Bertempat di Medan Selera bersebelaha...

Dua November

Mengikut kalendar Masihi, kemarin genaplah usia aku yg ke tiga puluh lima tahun. Ada rasa gementar. Ada juga rasa seronok. Seolah-olah pada usia inilah hidup aku akan bermula. Birthday boy yg paling tambirang di alam maya... The game yesterday ialah to make sure no one yg aku kenal wish BD. Sekalipun terpaksa deactivate FB, aku buat. Malas ada app yg notify BD org ni. Segan seh all walk of life dari yg ko kenal sampai yg tak penah jumpa tetiba wish BD kat FB. Bagi aku lagi bagus kalau org yg nak wish tu mmg ingat ulangtahun aku. Kalau tak ingat pun, aku tak dendam punyalah. No big deal! Apa pun game tu tak menjadi... Sbb pada jam terakhir sebelum Dua November menutup tirai... Dua org x-classmate wish BD for me through SMS. Total semuanya aku dapat lima ucapan... Tiganya dari total stranger. Siap ada nyanyi tu. Terawang-awang kejap di udara. Bukan selalu org nak nanyikan lagu BD tu pagi2 buta kan? Kakalenda & Babu Kuntum. Dua-dua kena trick... Tidak spt tahun lepas, tiada rancangan ...