Langkau ke kandungan utama

Saat Kepoyoan Bertukar Realiti

"Kau selalu pergi gym ka?", tanya Caesar.

Ekceli aku tiada masa pun untuk pergi gym. Bila ada masa terluang (khususnya off day) aku akan dating dgn besi. Invest dengan beberapa adjustable dumbells, boleh lah jalan..

"Oh, patutlah lengan kau besar", tambah Caesar seolah-olah itu adalah sesuatu yg obvious.

"Kau ada body sudah bah tu Zam. Kau tinggal mau kasi shape jak tu...", sampuk Lynda memberi kenyataan yg sama sejak kami gagal memasuki gym Promenade Hotel hari tu sebab ketiadaan kasut sukan...

Tak cukup atas meja makan, dalam grup Coach Bergaya Lynda mengulangi kenyataan tuh...

Jadi ko rasa ko tagap lah tu kan?
Ini membuatkan aku berfikir...

Dah tiga kali si Lynda ni tegur? Adakah aku patut buat sesuatu?

Memanglah plan asal aku tu, sepatutnya dalam pertengahan tahun ni dah mula process cutting. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan... Tapi cutting tinggal cutting. Badan aku masih macam tu jugak.

Nak salahkan makanan? Pffftttt lah kan...

Yg penting skrg, aku kena sedar, tahun dah nak habis. Objektif tak tercapai lagi. Pilih berat badak, tapi tujuan dah bukan utk bulk up.

Aku pun ekeceli dah selesa dgn badan aku ni... Walaupun ada org kata kedebab, tapi kalau ambil gambar dalam bilik air tu perasan jugak lah diri ini hot kannnn...

Dari terus poyo berangan sasa, baik jugak aku guna masa daydreaming tu tuk rebiu balik rutin aku tiga bulan kebelakangan ni utk merancang ke depan tiga bulan lagi. Ini bermakna aku kena semak semula corak pemakanan aku, berat dan kekerapan yg aku pakai utk latihan beban. Mungkin ambil sedikit masa, tetapi kalau kita plan utk berjaya, bazir sikit masa tu tak jadi hal lah kan.

Selain tu aku nak build up support system jugak just to keep me going. Utk itu aku dah ada calon. Orangnya tidak lain tidak bukan our own Ms Motivator: cik Lynda.

Kalau rasa2 macam cannot do it... Demotivated. Kita PM aje dia kat dalam grup Whatsapp tuh... Hihihi...

Tarik nafas dan teriak pada dunia: AKU BOLEH!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...