Dengan segala hormatnya, aku pun menerima tawaran pergi kursus ni dgn hati sedikit berat. Rancangan asalnya Trio santan berlada. Tapi atas halangan2 yg mungkin direka dari awal, aku terpaksa akur yg kursus ni aku aje yg wajib pergi.
Sendiri lagi kah?
Ikut surat akan duduk berdua sebilik. Sekatat ni memang tiada cara lah nak tahu duduk dengan siapa. Harap dpt duduk dgn org satu kepala.
Aku pun tak letak apa2 harapan sepanjang Enam Hari berkursus tu. Yg aku nampak buat masa ni sbg peluang utk aku lari sekejap dari kesibukan di tempat kerja. Aktiviti-aktiviti yg disenaraikan pun macam padat sampai ke malam. Memang tiada masa lah utk aku curi2 sambung menonton Grey's Anatomy. Inikan pula waktu utk berpeleseran di bandar Metropolitan Kota Kinabalu pada sebelah malamnya.
Entah kenapa, tiba-tiba teringin nak menikmati bayu malam di Anjung Senja bertempat di hadapan Hotel Promenade tu sambil meratah Satay Kajang panas-panas.
Baru dapat mesej dari Jz semalam. Utk misi menawan Gunung Kinabalu tahun depan (dijadualkan hujung bulan Januari) aku dikehendaki membeli baju ni. Yg kual-kual pun tak pe katanya. Kalau original boleh-boleh jugak seratus lebih terbang. Apa pun aku tak tanya lanjut, kenapa nak kena beli baju ni jugak. Tak boleh ke baju Simpsons atau Batman?
Itu semua nanti2 lah aku fikir. Ada lebih kurang dua bulan lagi utk mendaki. Sediakan jelah duit tuk beli barang2 perlu betul tak? Susah2 sangat bagi je duit kat Jz suh dia belikan segala barang kan? Hehehe... Nak goyang kaki aje aku ni kan?


terima kasih menyinggah...eh dah tukar blog ke? masih kat sabah? saya dan onjoy akan ke sana awal bulan dec nnti...
BalasPadam