Langkau ke kandungan utama

NDTS Coach Training Programme Siri 14/2013 (The Last Batch)

Si bos mintak aku buat laporan ringkas kursus hari tu... Apa yg aku paste ni the exact report yg aku hantar kat bos aku... Enjoy reading.

Ahhhh...
18 November 2013
2.00pm - 5.00pm - Daftar masuk hotel untuk semua 40 peserta dari bermacam bidang. Saya mewakili satu-satunya bidang perhotelan, subsektor, Guest Service Operation.
8.30pm - 10.30pm - Icebreaking (berkenalan dgn peserta), pemilihan tajuk untuk pembentangan, pembahagian kumpulan berdasarkan bulan kelahiran.

Melati Room. Dewan Seminar.
19 November 2013 
8.30am - 10.30pm - Pembentangan Pertama dan Pengenalan kepada NDTS. NDTS atau Nasional Dual Training System adalah salah satu cara untuk mendapatkan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia). NDTS sebenarnya diimport dari negara German. Proses latihannya menumpu kepada latihan amali di dua tempat: Pusat latihan dan Industri. Pusat latihan melibatkan Trainer/lecturer (20% - 30% amali), sementara Industri (tempat kerja) memerlukan penglibatan Coach (70% ke 80% amali).

20 November 2013
8.30am - 10.30pm - Pendedahan kepada NOSS, CoCu, Corak penyampaian Coach. Pembentangan ke dua menerusi role play corak pengajaran: Lecture, Discussion, Q&A, Demonstration... dsb. Ini membawa kepada corak pembentangan yg hendak dibawa pada 22 November 2013. 

Sesi fotografi di hadapan lobi Promenade Hotel
**Julung-julung kalinya pengarah CIAST datang untuk membawa lawatan. Sebagai penghormatan sesi fotografi dibuat dengan setiap peserta mengeluarkan belanja sebanyak RM15. Jurugambar adalah dari kalangan para peserta juga.

21 November 2013 
8.30am - 10.30pm - Pendedahan kepada penilaian menggunakan format NDTS, memperkenalkan log book baru. Secara individu diminta membuat pengiraan markah bagi sampel markah yg diberikan. Selain itu, didedahkan bagaimana utk membuat Lesson Plan sebagai memenuhi salah satu syarat pemarkahan pembentangan esoknya.

22 November 2013
8.30am - 6.00pm - Pembentangan topik selama 20 minit untuk dinilai. Markah lulus 70 peratus ke atas. Untuk memudahkan proses peserta dibahagi kepada dua kumpulan, bersaiz 20 orang. Dengan bantuan rakaman audio, saya membentangkan topik cara menjawab telefon, voice projection & format formal greetings.

8.30pm - 10.30pm - Sesi penutupan dan pengumuman, pemberian cenderamata. Semua peserta diumumkan layak ditauliahkan sebagai coach. 27 daripada peserta mendapat markah 90% ke atas.
Encik Syukri menerima cenderamata dari Penghuluwati, Pn Sara.
**Fasilitator melahirkan rasa bangga sebab kumpulan terakhir inilah yang paling banyak menunjukkan potensi selain banyak bekerjasama antara satu sama lain. Walaupun sudah tamat persembahan masing-masing, peserta lain tetap memberi sokongan hingga ke semua peserta tamat membuat persembahan.

23 November 2013
8.30am - 2.00pm
Sesi ramah mesra dengan semua peserta dengan bertukar-tukar nombor. Kembali ke destinasi masing-masing.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...