Langkau ke kandungan utama

Penantian Ditamatkan Hari Ini

The Twilight Saga - Complete Collection [DVD]

Kembang kempis dada aku terima bungkusan dari UK sekejap tadi. Biarpun sblm ni bengang mcm sapi sawan, bila dah ada ditangan hati terus sejuk macam budak dapat susu...

Tak kopek lagi pembungkus dia ni. Still in its original wrappings. Balik rumah karang baru aku kopek. Buka pembungkus sorang2 baru ada feeling!

Tak tau lah apa maksud Extended Edition yg terpampang kat pelekat tuh. Aku pun tak penah tgk the whole saga. Just yg pertama aje. Tak dapat follow kat panggung, aku ada jugak rancangan nak collect satu2... Tapi impian tinggal impian... Awal tahun ni aku nampak kat Amazon, dorang jual boxset mcm ni. Jadi dari aku beli satu2 baik beli yg sekotak mcm ni... Senang nak simpan kan?

Nak kata mabeles filem ni pada pendapat aku, tade le sangat. Cuma mood filem dia tu menyerupai aku yg sentiasa moody and blues ni kannn? Tak payah nak kesan CGI bagai nak bagi filem mengesan. Kalau kena pada perasaan, wayang yg gelap memanjang mcm Twilight ni pun boleh terbawa-bawa.

Itu filem yg pertama.. Kita tgklah filem2 yg berikutnya. Kalau rasa tak cukup. Kita rembat aje novelnya nanti. Yg penting bersedia dgn ongkosnya yek!

p.s Not looking for the right one, but what feels right...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.