Langkau ke kandungan utama

Malang

Sekian lama tak nampak akhirnya pagi ni menumpang pakcik teksi ni lagi. Menghilang ke Tawau katanya atas hal kahwen-mahwen.

Teksi membelah embun pagi disulami perihal cerita si pemandu ttg harga naik di sana sini. Sayur seikat ciput. Ikan dah berbelas- belas ringgit sekati.

Sekali sekala kakak yg bekerja di arkib tu menyahut, mengiyakan.

Duduk di sebelah pemandu ternanti-nanti jugak pakcik ni mengulas isu MH370.

Nampaknya pagi ni aku sedikit hampa. Seakan terkunci mulut pakcik tu utk mengomel penemuan sisa pesawat MH370 yg dipercayai terhempas dan terkubur jauh di dasar lautan Hindi.

Aku cakap "dipercayai" sbb belum ada bangkai fizikal ditemui. Begitupun amat kuat hati mengatakan apa yg dikesan adalah pesawat malang itu.

Malang tidak berhenti disitu, bila kes guest tidak bayar bil penginapan tempohari sudah tidak dapat dihubungi sejak 5 ptg kelmarin.

Bila dirujuk dgn pihak polis kes ini, anggota dihujung talian menasihatkan utk tunggu sehingga besok. Mungkin belum gaji lagi katanya.

What the heck?

Gaji apa lagi guest tu ada? Dihubungi di tempat kerja dimaklumkan sedang dicari dan dah pun digantung kerja!

Kalau lapor pun, maklum anggota terbabit akan dibawa ke mahkamah. Buat laporan ke atas guest tu mmg menjadi hak kami. Jadi datanglah bila sudah bersedia.

Baru kdgrn bijak jawapannya, walau kes ni mcm tak ke mana pun ikut hemat aku.

Kad pengenalan setiap penghuni masih dlm genggaman kami. SMS pun telah aku hantar memaklumkan tindakan pihak hotel terhadap penghuni yg tak bertanggungjawab tuh.

Kesudahannya masih tidak diketahui.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.