Langkau ke kandungan utama

MH370


"Sah, memang sah masuk alam ghaib!", tegas si pemandu teksi.

Berita kehilangan pesawat MH370 memberi bermacam reaksi kepada rakyat mahraen di Malaysia. Si pemandu teksi ini nampaknya tidak ketinggalan. Turut sama mengikuti perkembangan dan mungkin sibuk berspekulasi, di kedai kopi.

Sementara aku, penumpang yg duduk disebelah pemandu hanya mampu termanggu, menguncikan mulut. Aku memilih utk tidak melontarkan pendapat. Lagipun tidak diketahui umum pula kawasan perudaraan Vietnam itu lubuk yg menelan pesawat.

Kau ada pernah terbaca ke? Tidak kan?

Aku mengensotkan tempat duduk lebih dekat ke tingkap. Berharap agar perjalanan cepat sampai ke destinasi.

Pura2 merenung ke luar, tiada apa pula yg boleh dilihat. Pagi buta 5.30 pagi ni. Ko nak tengok apa?

"MAS mesti banyak rugi ni! Mana lagi mau bayar pampasan. Kapal terbang tu lagi mahal... Sekarang ni lagi AirAsia conquer tu penerbangan. Mungkin AirAsia boleh tolong MAS lah kan kurangkan penerbangan."

Teringin benar aku nak bukak tingkap. Makin sesak pulak aku dengar.

Nasib baik lah kakak yg kerja kat Arkib di belakang tu menyampuk. Kalau tidak mahu jugak aku membidas pakcik ni.

Pakcik ni tak tau ke MAS tu balik-balik kena bagi tongkat utk berjalan? Tidak adil lah. AirAsia tak pernah pun dapat suntikan dari kerajaan, mampu bertahan dan memperluaskan pula empayar mereka.

"Sah, memang sah kena rampas! Mati-mati kita semua kena kasi budu!"

Berikutan pengumuman yg PM buat semalam si pemandu teksi pun segera bertukar fikiran. Pandangan yg dia anuti sblm ini serta merta jadi tidak relevan.

Perlukah aku tampar buaya pakcik tuh?

Ulasan

  1. negara kita banyak sangat pakar. yang muncul mengikut keadaan semasa

    BalasPadam
  2. pengulas je tu... hik hik hik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.