Langkau ke kandungan utama

Sakai Kan Kami?


Abaikan rambut aku yg serabai itu. Dalam gambar ni aku tengah testing eyefish effect lense kat monopod yg aku baru terima Isnin baru ni.

Nafsu punya pasal, aku hangkut jugak satu monopod. Tak nak kalah dengan my brother, aku beli yg datang dgn shutter button sekali. Once paired, press the button, you got the picture... Hehehe.. Tak payah set timer dah.

Canggih gitu, tapi takde apa yg boleh dibuat dgn rupa model tersebut. Tetap tak berubah ensem walau pakai apa monopod sekalipun.

Ada aku kisah?


Ini mmg sakai abis sudahlah ni. Sampai-sampai tempat kerja, terus keluarkan monopod snap-snap. Suasana masih gelap lagi ni, almaklumlah dah tiba di tempat kerja sebelum pukul enam.


Snap2 outdoor pulak, tapi muka payah nak mengukir senyuman. Tak tau le pasai pa... Snap dengan monopod muka terus memekong.


Giliran Babu Kuntum pulak mencuba monopod. Seronok tak terkata beliau tuh, sampai mintak tolong pesan satu. Aku pun kata boleh, tapi aku mark up lah kan? Bisnes mesti nak carik untong... Hahaha...


Menjadik pulak eye-fish effect kat enpong Babu Kuntum tuh. Elok aje bulat macam orangnya.

Oh yg berdiri sebelah aku tuh, Babu Ros. Dah kembali bertugas selepas dua bulan materniti.

Sejak jadi ibu ni, balik mesti on time... Tak macam dulu2 habis duty stay kejap, sembang2 ngumpat mengulang insiden2 lucu atau tidak lucu dgn sekalian guwes yg ada.

Ulasan

  1. Tak susah ka kalau bawa monopod ni pergi sana sini? Rasa mcm menyusahkan pun ada ja benda tuu..

    BalasPadam
  2. menda tu kecil je ringan pulak... no hal bawak ke mana2 pun. letak dlm beg pun okay.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.