Langkau ke kandungan utama

Worth The Wait


Sori kalau video selalu tersasar subjeknya. Masih belajar lagi bagaimana nak tangkap video pakai sepai-gajet yg aku beli tempohari ni.

But you got the whole idea kan apa yg aku nak sampaikan?

Apa pun cerita disebalik video dulu.

Aku sebenarnya sedikit frust bila pesanan asal aku undelivered. Aku pun tak faham kenapa DHL hantar balik barang yg aku pesan tu balik ke Amazon.

Remote area ka?

Utk mengubat rasa kecewa tuh, aku tempah X-Files. Kali ini aku dah tak boleh tunggu dah sebulan lebih mcm Hobbit 1 Extended tuh. Jadi, aku pakai servis AmazonGlobal Priority. Fikir lajulah sangat.. Hado jugak... Yg dari sana cepat bergerak. Tapi bila sampai Malaysia lidut nak mampus.... Boleh je sampai yesterday. Tapi perap lagi lelama kat Shah Alam.

Sampai2 aku cuti plak. Nasib baik ada Babu Kuntum. Kebetulan plak hari ni kami berjanji ziarah Ros dan baby baru lahir dia. Jadi mintak dia tolong angkut lah sekali... Ahaks.

Mintak maaflah gambar tak ambil bagi menghormati permintaan Ros dan suaminya.

Satu bungkusan lagi bakal aku terima minggu depan. Harap sampai tepatlah pada masanya. Sebaiknya sebelum aku cuti. Adik2 aku pulak akan balik bercuti minggu depan. Eloklah sangat boleh menunjuk sikit. Hiks...


Dua ratus dua episod kesemuanya. Tak tau mcm mana nak habiskan ni.


Ini dua movie X-Files yg diselitkan. The Movie tu aku rasa mcm pernah tengok. Tapi dah lupa jalan cerita dia. Mungkin lepas aku khatam Game of Thrones Season 3 baru aku mula layan X-Files satu2.

In the mean time, sesambil tunggu tuh, harap2 Grey's Anatomy Season 10 dah mula dipasarkan. Tak sabar nak nonton. Tambah lagi bila watak Dr Yang akan "dimatikan" dalam musim ini. Wondering, bagaimana mereka nak keluarkan watak ni dari Grey's Anatomy.

Cross your fingers!

Ulasan

  1. Hamoi..sendrey sendrey visit si Ros. Tak kabor langsung kat aku ye. Sampainya hati!

    BalasPadam
  2. hahahaha... menyempat punya rancangan. kalau nak ala2 rombongan cik kiyah kompom lah balik2 tak jadi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.