Langkau ke kandungan utama

Geray Sinar Delima : Masakan Jawa Special

BabeyGrey sound makan2 seafood Ahad lepas. Julung2 kali dapat jemputan ni aku pun sekonyong-konyonglah membawa perut. Tempat yg kitorang serang kawasan yg si BabeyGrey panggil Todak, waterfront berdekatan dengan Hyaat Regency.


Utk round pertama ni, BabeyGrey rekemenkan gerai ni. Tak tau le autentik Jawa ke tidak masakannya. Sbb yg aku biasa dihidangkan kat rumah kalau Jawa2 ni tempe bercampur hati ayam aje. Kalau tak kacuk Jawa pun macam aku ni menu yg ada tetap secukup rasa.


Menu yg pertama sampai. Sotong masak sambal ek namanya dia? Lazimnya kalau sotong2 ni aku prefer buat sotong salut tepung. Tapi bila dah makan sotong ni, aku rasa elok le jangan. Sotong dia ni liat sikit. Perfect sotong salut tepung mesti rangup di luar dan isi sotong di dalam lembut.


Ini kangkung masak apa ntah tak tau. Dah pesan kita makan aje le. The least hidangan yg aku gemar hari tu, kalau nak tau lah.


Jaw drop bila pelayan hantar ni ke meja kami. Dried butter prawn yg begitu menyelerakan. Tak tunggu menu akhir sampai terus aje ku sudu keluar bbrp ekor udang dari pinggan. BabeyGrey hanya tersengih seakan mempersilakan.


Panas! Panas! Panas! Ikan sebelah masak tiga rasa. Walaupun dah mula, bila dah sampai menu ni maka dgn rasminyalah kami berdua melahap. Aku petang tu kompom lah meratah aje. Nasi tak jamah langsung. Konon2nya supaya boleh muat byk lagi... Hahahaa...


Kira murah jugak makan kat sini. Patak-patak kami cuma perlu bayar RM57 aje. Kalau kat Gayang agaknya dah lepas seratus. Puas hati lebih lah. Cuma yg kureng sikit tempat ni dia takde view laut. Tempat duduk pun biasa2 aje. Kalau nak yg cantek, pilih gerai depan laut le. According to BabeyGrey selain tempat ni ada satu lagi gerai masakan dia yg boleh diterima tekak, sebelah je kot, yg lain biasa2 aje.

Perlu diingat gerai di sini jugak lebih bersih, berbanding dengan gerai2 berdekatan pasar pilipin tu... Oleh itu pilihlah utk makan seafood di sini...

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...