Langkau ke kandungan utama

Jadi Kau Fikir IC Kau Laku Lah?

Cerita ni berlaku dua tiga hari sudah sebenarnya, cuma baru skrg aku coretkan. Kisahnya pasal seorang perempuan yg berkelakuan pelik mahu bermalam di hotel kami.

Datang-datang saja perempuan ni dia bertanya pasal pakej penginapan untuk seorang. Dia tidak mahu untuk enam orang, katanya.

Apa ke hal minah ni fikir aku. Setahu aku info enam orang tu hanya terkandung dalam kurungan; merujuk kepada penginapan di villa.


Besar-besar jenis penginapan yg ada... Itu yg dia nampak dulu. Tak ke hairan tuh?

Selepas dijelaskan perincian penginapan yg kami tawarkan perempuan itu pun meminta izin meninjau-ninjau kawasan hotel. Aku dimaklumkan kemudian bahawa pelawat perempuan itu berligar lama di kawasan kolam renang. Entah apa yg dia buat di situ. Tidak diketahui dengan jelas.

Mencari ketenangan atau mencari ilham mencipta muslihat baru?

Lebih kurang sejam lebih tuh baru perempuan berpakaian lengkap ke pejabat itu muncul sekali lagi ke kaunter.

Kali ini baru perempuan tu menzahirkan hasrat mahu bermalam di hotel.

Sudah menyerahkan maklumat diri, aku pun minta sejumlah wang sebagai cagaran plus advance payment utk bermalam.

"Utk apa itu?"

Tepuk dahi aku terus bila minah tu tanya macam tuh. Yg kelakar tuh siap buat muka blur lagi. Macam betul-betul dia tak pernah check-in hotel jo!

"Saya tiada cash. Boleh saya pakai kad?"

Dipendekkan cerita kad kredit ke hapa pun dia tiada. Alasannya dia dah tak tau di mana kad dia simpan. Kad pengenalan ada pulak digenggam dalam tangan. Kad kredit dia plak dia buang ntah ke mana. Apa sudah jadi ni?

"Boleh kah saya check in dulu, nanti petang kawan saya datang bayar."

Aku meminta maaf dan menjelaskan prosidur hotel kami kepada perempuan tuh.

"Ambil lah dulu saya punya IC. Nanti petang baru saya bayar."

Serta merta lampu amaran khayalan dinyalakan di atas kepala. Diikuti dengan degup jantung bertukar kencang. Tapak tangan berpeluh dan perut berasa seram sejuk.

Terus aku teringat kes Masyitah.

Pesan aku, if anything similar happen kat korang, jangan tahan IC orang terbabit. Tahan benda berharga lain. Contohnya henfon pintar.

Sekurang-kurangnya kalau benda berharga boleh dijual utk menampung kerugian kita.

Dah hampir meninggalkan kaunter, perempuan tuh datang balik mintak check-in atas nama kompeni dia. Dia mendakwa kompeni dia ada akaun di hotel kami.

"Kau tidak faham bah kan apa yg saya cakap? Tidak apa lah"

Aku sebenarnya lebih dari faham.

Yg aku faham kau penipu, itu sahaja. Kalau betul kompeni kau ada akaun di hotel kami, kenapalah aku yg dah lama kerja di sini tidak tahu?

Mana surat jaminan? Mana kontraknya?

Biarlah aku nampak macam sial sikit supaya tidak kena lagi membayar percuma orang punya penginapan.

Dan yg diluar sana kalau takde duit tu janganlah berangan nak check in yea. Menyusahkan orang macam kami aje nanti! Apa korang fikir kami kaya ke nak bayar penginapan korang?

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...