Langkau ke kandungan utama

May The Force Be With You


Hati manyak sinang bila menda ni sampai petang kemarin. Berdebor jugak mulanya. Kalau tak sampai petang kemarin kompom lah esoknya baru muncul. Syukurlah, dekat2 15 minit lagi pukul 4 ptg, encek posmen datang.

Encek posmen pun dah kenal bungkusan tu tuk saper. So dia trus aje carik aku...

Skrg tgh tunggu aku punya Universal Wifi Adapter sampai. Ini terpaksa beli le sbb aku terlepas pandang tengok specs pemain aku tuh time order. Bulat2 terima cadangan adik aku, terus aje order.

Harga murah saper tak tertipu kan?

Bila sampai baru perasan rupanya pemain aku tuh wired player bukan wireless. Akibatnya kena keluarkan ongkos tambahan utk beli peranti yg menjadikan WIFI sedia ada boleh dicapai oleh peranti berwayar. Nasiblah bukan beratus.

So you guys, kalau nak beli BD Player make sure yg ada WIFI. Senang nak update player dan akses online punya material bila main BD, especially yg ada BDLive. Kalau main kabel2 ni... Kena cucuk ke modem plak... Jenuh berselirat wayar sana sini.

Itu satu hal, syukur dah selesai, skrg tunggu sampai barang lagi lah ke tangan.

Satu lagi nak beli 3D converter utk TV. Ni kiranya fefeling nak layan 3D BD dlm bajet rendah. Kalau nak beli TV yg 3D mmg rabak lah poket gua yg sememangnya dah balik2 bocor order BD lately. In just small fraction of 3K-4K cost punya 3D TV boleh le immersed into 3D experince di dalam bilik sendiri.

Bila dah bajet rendah tu, don't expect lah boom2 punya visual.

Berangan meletop boleh, tapi jangan berangan nak demand yg bukan2.

Ulasan

  1. jari jemari nih mcam dikenali...tetap maintain ko jaga yer...badan dah tembam pon jari runcing gitew!

    BalasPadam
  2. bukan main lagi kau kutuk aku yek...

    slim pa aku skrg? cuma tak slim macam kerengga lah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...