Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Nyonya House

Hajat hati nak bershushi-king, puas cari merata, yg paling dekat pun 1B, akhirnya terpaksa singgah aje kat Nyonya House terletak di Warisan Square nih sbb lapar yg amat dah... Pertama kali ke tempat ni aku tak tau nak pilih apa. Aku ikut je apa yg kawan-kawan tunjuk. Mee Udang Nyonya ni jadi jamuan aku mlm ni. Dengan harga RM9.50 ni aku kira berbaloi jugaklah. Sedap sangat. Lagi sedap bila kawan yg belanja pulak kan? Hew3x. Aku padankan sajian aku dgn ABC Melaka nih. RM7.50 kot reganya aku tak baper ingat. Masa pesan aku berbalas jeling acai pelayan restoran tuh yg balik2 pandang aku. Pelik kot aku masih berbaju uniform kerja. Tak ambil port, aku buat biasa je lah. Bila sampai ABCnya aku rasa mcm ais batu gilis tumpah gula melaka je kot yea... Biar betul harganya mcm tuh punya mahal. Alah bedal jelah. Jgn merungut depan rezeki... Tak elok, ok?

My Lovely Intermission

Ntah apa mabuk aku pegi beli album Yuna ni. Nasib baik berkenan di gegendang telinga. Kalau tidak rugi aje duit. Pembaziran ni bukanlah disengajakan. Aku sekadar mencari kelegaan dlm hati yg bergelodak entah kenapa. Dari aku meneroka apa punca perasaanku begitu baik aku alih perhatian aku kpd perkara lain. Perkara yg lebih menyenangkan kepala. Dari aku runsing bertanya apa yg membikinkan aku gundah gulana aku fikir ini jalan yg lebih mudah. Cuba keluar dari kebiasaan. Buat sesuatu yg baru. Mengenali diri yg seni ini. Mungkin muzik jawapan yg dicari.

Becareful with what you wish for...

Bertuah betul hari ni. Subuh-subuh nak bersiap pergi kerja boleh-boleh pulak blackout. Nak tunggu api hidup balik yg entah bila. Mahu tak mahu terpaksalah bersiap dalam gelap. Tanpa elektrik, tak dapat lah aku guna pengering rambut. Jadi korang boleh bayangkanlah keadaan rambut aku yg semestinya masih basah dan kusut masai lagi. Apa pun, sebab aku perlu tunggu bas, aku redah jugak dalam keadaan rambutku yg sebegitu. Dengan harapan harap2 aku catch up bas secepat mungkin lah. Lagipun, gelap2 begini sapalah nak nampak keadaan aku ni kan? Huh, silap perkiraan aku hari ni. Keadaan seperti kelmarin seakan berulang semula. TIADA BAS. Kalau ada pun dah penuh. Jam pulak dah mula mendekati pukul enam. Matahari sudah mula menampakkan diri. Macam mana ni, fikir aku sendiri2. Menyusahkan betul lah! Dalam pada tu fikiran aku meracau-racau mengenai satu pembelian BD yg aku mahu buat. Entah kenapa aku upset sangat aku menyumpah-nyumpah. Kalaulah dalam masa lima minit ni ada transport, aku beli BD tuh...

Amazon Dot Com

Pernah nampak belon yg ditiup sampai hampir2 nak pecah? Begitulah diibaratkan kot kalau aku nak bayang perasaan aku skrg... Macam nak meletop! Apa tidaknya. Ke semua pesanan atas talian aku dalam bulan ni sampai dalam hari ni jugak! Mula dari yg paling atas; Farewell My Concubine, The Message dan Kingdowm of Heaven [Director's Cut]. Tak pernah2 dalam hidup aku, seakan dihujani BD yg sebegini banyak. Hari sebelum ni dua pasang BD. Hari ni pulak tiga buting. Beli DVD pun satu atau dua sebulan je tau. Soon enough aku punya BD akan swell all the over the place. Mungkin ini tandanya aku perlu give away aku punya DVD tuk bagi ruang pada BD pula. Kalau ada kesempatan, mungkin mulai bulan depan aku akan buat give away DVD dari koleksi aku yg kecil itu. Apa kata buat acara mingguan ke? Menarik jugak kan. Terbuka kepada semua peringkat usia, tak kira siapa asalkan pembaca blog ini... Huhuhu... Dgr tu, Alizam Jonie nak bersedokoh. Rajin2lah bukak blog aku yg tak seberapa ni kalau nak dptkan D...

Biru Mata Hitamku

Sama tak wane mata kitorang? Hahaha... Memang sengaja mintak kena hambat ni kan? Setakat ni aku baru layan "The Making" dlm bonus disc yg disertakan dlm BD yg aku beli ni. Walaupun bahan yg dimuatkan tidaklah terperinci, lebih banyak interbiu sekurang-kurangnya membantu kita membayangkan betapa sukarnya org dulu2 buat filem epik mega. Dah tu tanpa sebarang bantuan CGI. Segalanya kena shoot real. Mana yg meletup, mmg betul2 meletup. Ambil masa nak merancang semuanya. Tak boleh salah perkiraan nanti ada pulak yg kojol Satu yg menarik perhatian aku, bila filem ini ditayangkan back then in 1962 atas sebab komersial dipendekkan bbrp kali utk membolehkan lebih byk slot masa tayangan. Buat wayang bukan semata-mata passion, tapi nak jana duit jugak kan? Pemendekkan filem bermakna ada le babak2 tertentu yg dikeluarkan dari filem. Hanya pada penghujung 80an, baru ada kesedaran utk menyelitkan semula babak2 asal ke dalam filem. Asalnya tugas ini mustahil... Sementelahan pula pembikin fi...

Duhai Apakah Gerangan?

Teruja bungkusan sampai. Bila bukak2 lain pulak isinya. Tengok dari cop dah dilepaskan sejak Jun lagi. Bungkusan yg satu lagi tak pasti bila sbb tak jelas cop tarikh pelepasannya. Kalau dah cop kata Jun, aku tak boleh kata servis Royal Mail lembab kan? Kalau dah cop sejak Jun, aku tak bleh cakap kastam tahan bungkusan aku kan? Kalau dah dua-dua bungkusan sampai, siapa yg sebenarnya BERSALAH dalam kes ni? POS MALAYSIA ke? Entah apa la dosa aku diperap dua bungkusan nih? Bayangkanlah tu, empat bulan baru sampai? Takan sampai kat Mesia, bungkusan hantor ke Kota Kinabalu pakai jalan laut pulak kan? Berdayung bersampan pulak kannnn? Kannnnn??? Mmg bonus jugaklah dapat dua pasang sekali... Percuma pulak tu. Cuma jerih menunggu dan sakit hati tu siapa nak bagi pampasan? Betul2 punah my heart hokay klu balik2 mcm ni. Lebur hatiku.

Too Bloody

Mengandaikan "Director Edition", The Passion of the Christ buah tangan Mel Gibson ini menampilkan suntingan yg lebih panjang dari yg ditayangkan di panggung, aku angkut satu. Tidak didatangkan dgn sebarang "special features", aku lost seketika apa yg membezakan versi ini dgn apa yg aku pernah tonton bbrp tahun sudah. Setelah membuat sedikit rujukan atas talian rupanya andaian aku yg asal itu salah. Edisi ini sebenarnya pendek dalam 4 minit dari versi asal. Dalam versi ini pengarah mengeluarkan babak yg TOO BLOODY khas utk penonton yg squeamish. Hakikatnya, tanpa babak yg dimaksudkan filem ini masih tetap TOO BLOODY bagi aku. Filem yg memaparkan detik2 12 jam terakhir sebelum Jesus Christ disalibkan ini boleh buat kita balik2 menutup muka. Hukumannya kekadang terlalu kejam, membuatkan aku tertanya-tanya kalau aku yg kena sebatan berpaku seperti watak Jesus Christ dalam filem ni, agaknya dah lama pitam berbintang tak sedarkan diri berhari-hari. Sudah dilibas begitu, i...

Hatiku Biru, Tidurku Terganggu

Dua tiga hari ni tidak dapat jenguk si pokok asam mengadu isi hati. Dapat tengok gambar jelah melepaskan rasa rindu. Begitupun dalam gambar, manalah dapat dengar nasihat sang bayu. Bebelan ombak tak putus-putus menghempas pantai diselang selikan dengan sampuk cela sang camar. Mungkin sebab itu, perasaan sedikit tidak keruan dua tiga hari ni. Syukurlah hari ini cuti. Boleh jugak aku rehat.... tenangkan fikiran. Aku balik awal kemarin. Tutup mata punch-out saja. Kalau nak potong gaji, potonglah. Aku sangat2 dah tak larat ni. Sebelum balik, aku merayau dulu carik BD. Tgh nak bayar tuh, ternampak pulak mini album ni atas rak kaunter, tersusun melambai. Smmgnya sejak layan lagu "Arjuna Beta" - lagu sedih si Babu Kuntum - aku kepengen sangat nak dptkan album ni. Tanya pada penyanyinya kat mana nak dapat, tak jawab pula. Begitulah artis sibuk sangat, sampai tak terlayan peminat. Biarlah yg penting perasaan kita bila keluar dari Speedy Video menbimbit dua BD dan satu mini album petan...

Penampakan Selfie

Entah apa yg merasuk aku kelmarin, diledak rindu yg tidak diketahui puncanya. Sendiri pun tiada siapa mahu dirindu, jadi aku tujukan saja rindu ini pada si Pokok Asam, Sang Luna Bistari dan Tok Aki Megah di hujung sana. Sebelum aku mengadu lelah rasa dihati -berselfie lah tu kan- sempat lagi aku bersembang dgn my staff yg kerja sebelah malam berkenaan hal-hal material (aka NGUMPAT). Ada seorang staff di sini beli henfon baru. Tiap2 bulan macam tukar henfon baru aje kerjanya. Terbaru dia beli Lenovo S850. Dah le murah, dalam lima ratus lebih, kamera pun boleh tahan jugak. Kamera utamanya berupaya, 13MP, sementara yg kedua -khas utk selfie lettew- bersaiz 5MP. Dia punya notification pun nampak canggih. Menyala pada logo badan dia. Kalau aku tahu fikirku baik aku beli Lenovo S850 ni. Tak payah kuar duit banyak. Entah2 boleh beli tiga sekali. Tak byk cakap, my staff terus aje cakap, "Lenovo je pun." Nada dia tuh kan, kalau didengar, jelas sangat dia tak yakin dengan jenama murah ...

Power Napping

Entah kenapa hari ni, aku rasa macam ada org carik aku, rindu aku. Sepanjang-panjang pagi ni, mata sebelah kiri aku, asyik berkedip-kedip. Ada kaitan ke dgn mimpi aku pagi tadi? Kalau bukan sebab sibuk menyediakan laporan yg diminta Sabtu lepas. Mungkin boleh jadi gila jugak aku memikir hal ni. Sabtu lepas, barangkali aku terlalu penat aku tumbang 20 ke 30 minit sebelah tengahari tuh. Syukur juga aku dpt tidur ada tenaga menghadap inkuiri singkat. Singkat2 pun macam nak dekat dua jam jugak aku pum pang pum pang memberi penerangan. Fikir akak tu, aku ni tak pandai berhenti bercakap ke? Siap my staff cakap, akak tu dah bagi tiga kali hint - nanti saya akan datang balik jugak - aku masih jugak terus jual ubat. Dipendekkan citer, aku hanya diperlukan utk menyediakan satu laporan sija. Yg kau over mcm buat presentation utk satu hotel kenapa dik? Cuti tiga hari tu aku tade lah nak ke mana. Lebih banyak duk rumah rehat aje. Tak membuta aku layan BD. Memandangkan tade menda sangat nak buat. Ak...

Langkah Kanan

Langkah kanan bila kawan bagi sampel percuma tart durian-keju (gambar atas) sekejap tadi. Bila diminta memberi maklumbalas, aku terus aje cakap sedap! Selain masakan mak kau, makanan apa lagi yg paling sedap di dunia ni. Sudah tentulah yg ko dapat secara percuma kan? Nasiblah si kawan dapat responden macam aku ni. Responden tak boleh pakai! Abaikanlah tu dulu. Yg penting BD aku dah sampai. Mmg langkah kanan betul aku turun kerja pagi ni bila tengok isi kandungan. Beli dua BD dari adik aku dapat percuma satu. Citer Avengers lagi tuh. Taktik apakah ini? Adakah adik aku nak ambil hati aku beli lagi dgn dia? Oh tuhan selamatkan hambamu!

Akibat pasang dan surut

Ada tengok video aku dalam entri yg sebelum ni? Kalau korang perasan ada sedikit kesilapan fakta di situ. Dlm video entri sebelum ni aku ada menyebut, kita boleh berjalan kaki ke pulau tuh bila air pasang. Bayangkanlah kalau air pasang... Kompom lah kau berenang mcm ikan paus ke situ kan? Itu kalau ikan paus yg pandai berenang. Kalau yg tak pandai berenang? How lah? Give me chance to set my fact straight once and for all. Apa yg aku maksudkan sebenarnya adalah apabila air laut surut maka boleh lah merentas laut tu menuju ke pulau2 tuh. Ada faham? Tak faham sudah lah kau! Anyway, sejak aku kerja tiga tahun kat hotel ni bagaimanapun belum pernah lagi pijak kaki ke sana. Dengar citer ada mcm resort kat serpihan2 pulau berdekatan. Ada jugak satu pasangan guest dari Eropah yg menginap di hotel kami meluahkan hasrat ke sana. Sudah menapak ke sana. Hampir mendekati destinasi mereka berpatah balik. How meh? Air dah naik ke? Tanya aku dalam bahasa Inggeris broken. Tidak, bukan mcm tuh dia jawab...

Someone, somewhere is made for you...

Saspen btul lah bila abg posmen tu datang dan jerit satu nama. Aku berlari meow-meow ke arah posmen lalu mendapatkan bungkusan warna putih yg dia pegang. "Ada lagi orang tu di sini", tanya abg posmen tuh. Haish kau ni brother.. Buat lawak di tengahari kah? Nama sikit punya Melayu ko sebut mcm orang putih. Ah-Lai-Zam tuuuuuuh. Kau hada? "Pelik ya bungkusan ni", posmen tu bawak bersembang sambil menyelak ruangan utk aku tandatangan. Perlu tandatangan penerima sebab bungkusan tu berdaftar. "Dari mana ni ya?", tanya posmen tuh merujuk kepada bungkusan yg aku baru terima sebentar tadi. Haish siapa plak yg kerja posmen skrg ni, bisik aku dlm hati. Aku ke dia? Aku juih mulut sedikit sebagai isyarat, sila alih pandangan mata ke alamat yg tertera pada sampul belah bawah. "Oh India", sebut si posmen acuh tak acuh. Sejak beralih kepada dunia High Definition ni segala-galanya nak kena beli Blu-ray. Filem Bollywood pun tidak ketinggalan. Lagi-lagi filem Dil T...

Jadik Weather Man Plak Kita Hari Ni

Aku suke momen cenggini... Lepak2 berdiri konon2nya membenteng bayu laut. Hampir2 masa awan menitik curahkan hujannya, cepat-cepat bercempera mencari tempat teduh. Dapat beratap dari hujan yg mencurah, gelak sendiri2. Buang tebiat apa aku ni? Sajelah hiburkan hati yg nak kata sedih tak jugak, tapi hampa lah. Tengah syok2 layan Unbreakable malam tadi dpt panggilan dari my staff. Katanya she cannot make it tomorrow. Anak sakit. Aku pulak menjadualkan diri off hari ni. Jadi macam? Kalau 'jual ikan' mahu aje aku suh staf yg ada masuk shift 12 jam. Memandangkan esok ada dua function last minute, aku akun aje turun kerja hari ni. Aku rearrange semula jadual utk membolehkan aku off day Ahad pulak. Kebetulan Isnin dan Selasa minggu depan aku cuti. So straight tiga hari lah aku cuti, kiranya, lagi best. Lagi satu aku tengah tunggu parcel dari adik aku ni yg kami congak-congak boleh sampai yesterday. Yesterday dah bertukar today, masih belum nampak brother PosLaju tuh. Delay lah lagi. Ja...

Testing lah sangat...

Apa mimpi aku pagi2 buta melalak kat Garden Sea Front nih? Memuja jembalang kat pokok asam tu ker? Saje lah testing audio/video Samsung Galaxy S5 aku nih. Tempohari orang puji sore dalam lagu kemerdekaan tu patutnya puji Nokia Lumia 1020 sbb gajet tu yg bikin sore aku "crisp" dan "noiseless". Selain, rakaman audionya bikin sebutan setiap satu suku kata tu jelas. Kalau tak, sama je mcm sore tikus kena picit aku ni... Ha-ha... Yg Samsung Galaxy S5 ni pulak tak tau... Ada setanding ke? Apa kata korang jadik jurinyer. *trep byk pembaca gitu*

Bersatu Kita Teguh

Sekali lagi ke Kampung Nelayan, Bukit Padang. Kali ini dengan ahli yg lebih ramai. Kami bergerak selepas waktu pejabat dan sampai lebih kurang sejam kemudian. Sempat lagi tunggu setengah jam baru the girls and others sampai. Jem gile wa cakap lu. Sementara tunggu yg lain sampai kami buka meja. Perut pun ekceli dah gendang-gendang. Sekurang-kurangnya sambil tunggu boleh jugak melahap sikit-sikit. Rancangan asal mcm tulah, tapi elok je nak masak datang dah muka2 do'ot tuh. Daging tulah yg buat kecur air liur. Yg lain tak makan sangat. Daging berempah serta tomyam tuh yg jadi idaman kalbu. Sebelum sibuk isi perut kita bermonopod dulu. Tengok semua muka pun dah tak sabar nak terkam makanan yg panas-panas lagi tuh. Inilah kalau dah tangki penoh. Payah betul nak pose utk gambar kenang-kenangan. Mata pun dah berat macam kena gam-gam. Perot lagi lah sendat sangat. Duduk pun macam kena himpit org. Sambil2 tunggu makanan turun, ada jugak kami hapdet cerita2 di tempat kerja. Jarang dpt berkum...

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.

Bekmen Foreba!

Si pugut berselfie dgn Blu-Ray yg dia baru terima pagi tadi. Patutnya boleh dapat minggu lepas lagi tapi entah apa halangannya balik-balik delay dari penjual dan pengirim. Dalam pakej ni ada empat gampaq semuanya. Kalau beli asing2 ni kompom mahal rasanya. Yg feberet dari empat gampaq ni sudah tentulah Bekmeng Foreva. Pasai pa? Pasai ada Jim Carrie... Wuhuuuu! Syukurlah dpt beli dgn harga durian runtuh. Esok-esok kalau ada kelapangan boleh lah ditonton. Esok lusa mungkin akan sampai lagi satu bungkusan. Angkut second hand punya Blu-ray saja. Itu pun adik sendiri yg jual. Nanti dah ada kat tangan cek dedahkan apa yea... Hihihi... Hari ni bermula tak berapa baik. Sesampai aje hotel, dapat tahu komputer dah hang-kang. Bayangkanlah komputer tu lah nyawa hotel nih. Kalau tunggu tut tut buat tindakan rasanya hancur operasi hotel. Terpaksa cerdik2 sendiri fikir. Syukur juga aku ada buat backup walaupun tak le up to date sangat. At least dpt up and going reservation before guests menerpa. Stre...

Tolong Menolonglah Sangat...

Aku ada terbaca, kalau tolong orang yg bermasalah dorang akan ingat kita lagi bila diorang bermasalah. Mungkin betul kot kata2 tuh. Contohnya, macam pagi ni. Naik fedap aku dibuatnya. Balik2 muka dia nak mintak tolong bayar bil itu dan ini. Kau fikir aku ni kaunter pembayaran ke apa? Aku online banking bukan apa, utk kemudahan sendiri jugak. Maklum sajalah mobiliti terhad. Jadi bila main klik2 tu kerja senang sikit. Tak perlu buang masa beratur ke kaunter dan makan angin atas jalan bila jem. Dalam pada masa yg sama, kalau ada kengkawan mintak tolong aku pun tolong jugak lah bayarkan secara online. Janji hulur duit. Masalah skrg aku dah bukan jadi tempat tolong. Macam dah lebih jadi kaunter pembayaran. Semua dah beratur nak mintak tolong. Asalnya utk kemudahan skrg dah mula menyusahkan aku pulak. Tiap kali aku tolong bayar, tiap kali tu jugak tunai aku dalam akaun menyusut. Bila menyusut tuh perlu lah aku deposit balik duit tuh. Takan aku nak pegang tunai banyak2 kan? Bawak lagi merata....

DUA

Hari ni genaplah sudah dua tahun aku memegang tampuk front office. Ada org kata jawatan aku ni panas, orang kata takan tahan lama. Banyak tekanan, dua tiga bulan lepas tu goodbye. But somehow, I survive jgk. Mungkin ada betul jugak kot kalau dirujuk kepada pengalaman aku sendiri. Seingat aku bulan-bulan pertama ambil alih, mmg stress. Tiga ke enam bulan tuh beban kerja mcm utk tiga orang. Cerdik2 sendirilah untuk atur hidup. Syukur juga pengalaman awal aku sebagai Night Auditor memberi kelebihan aku menggalas tugas ini berbanding dua ketua terdahulu. Satu kerja gila yg pernah aku buat semasa menjadi ketua ialah memintas bisnes sister company yg byk buat taik. Lazimnya kami akan pass contact number kepada sister company utk buat deal. Tolong menolonglah katakan. Tapi kalau org yg dah ditolong byk kali buat taik dgn kami apa salahnya kita ajar dorang sekali sekala kan? Come on lah! Kenapa byk2 travel agen yg kami berurusan, guest ko saja yg bermasalah! See if we can do any better, temany...