Langkau ke kandungan utama

Jadik Weather Man Plak Kita Hari Ni


Aku suke momen cenggini... Lepak2 berdiri konon2nya membenteng bayu laut. Hampir2 masa awan menitik curahkan hujannya, cepat-cepat bercempera mencari tempat teduh. Dapat beratap dari hujan yg mencurah, gelak sendiri2.

Buang tebiat apa aku ni?

Sajelah hiburkan hati yg nak kata sedih tak jugak, tapi hampa lah.

Tengah syok2 layan Unbreakable malam tadi dpt panggilan dari my staff. Katanya she cannot make it tomorrow. Anak sakit. Aku pulak menjadualkan diri off hari ni. Jadi macam?

Kalau 'jual ikan' mahu aje aku suh staf yg ada masuk shift 12 jam. Memandangkan esok ada dua function last minute, aku akun aje turun kerja hari ni.

Aku rearrange semula jadual utk membolehkan aku off day Ahad pulak. Kebetulan Isnin dan Selasa minggu depan aku cuti. So straight tiga hari lah aku cuti, kiranya, lagi best.

Lagi satu aku tengah tunggu parcel dari adik aku ni yg kami congak-congak boleh sampai yesterday. Yesterday dah bertukar today, masih belum nampak brother PosLaju tuh.

Delay lah lagi. Jalan dinaiki air kot kat Petagas... Huhuhu...

Kalau hari ni tak sampai jugak, esoklah hari terakhir aku tunggu. Lepas tuh takde maknalah sebab aku balik kerja Rabu nanti.

Bila cakap pasal parcel ni, aku teringat kan parcel Amazon.co.uk aku tuh. Duit dah refund penuh, cuma aku wondering... Apa yg terjadi sebenarnya dgn bungkusan2 aku tuh. Yg asal haram nak sampai... Jangankan replacement dia.

Selama-lama aku berurusan dgn Amazon.co.uk... Inilah kali pertama bungkusan replacement aku tak sampai. Lambat mmg ya lambat, tapi sampai jugak samada tempahan asal mahupun gantian. Kena hold kastam ke? Kena rembat orang?

Hurmmm... Aku ada pernah citer aku punya bungkusan Amazon.co.uk dulu dihantar ke resort sebelah. Adakah itu nasib bungkusan aku?

Atau... Amazon.co.uk tak pos pun bungkusan aku?

Fikiran lengang, maka banyak perkara yg tak penting terpantul di tengkorak aku ni. Sebelum jadi parah, mari kita angkat ganggang tipun dan dail nombor2 tertentu. Kita citer2 dulu.. Hehehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...