Langkau ke kandungan utama

Biru Mata Hitamku


Sama tak wane mata kitorang? Hahaha... Memang sengaja mintak kena hambat ni kan?

Setakat ni aku baru layan "The Making" dlm bonus disc yg disertakan dlm BD yg aku beli ni. Walaupun bahan yg dimuatkan tidaklah terperinci, lebih banyak interbiu sekurang-kurangnya membantu kita membayangkan betapa sukarnya org dulu2 buat filem epik mega. Dah tu tanpa sebarang bantuan CGI.

Segalanya kena shoot real. Mana yg meletup, mmg betul2 meletup. Ambil masa nak merancang semuanya. Tak boleh salah perkiraan nanti ada pulak yg kojol

Satu yg menarik perhatian aku, bila filem ini ditayangkan back then in 1962 atas sebab komersial dipendekkan bbrp kali utk membolehkan lebih byk slot masa tayangan.

Buat wayang bukan semata-mata passion, tapi nak jana duit jugak kan?

Pemendekkan filem bermakna ada le babak2 tertentu yg dikeluarkan dari filem.

Hanya pada penghujung 80an, baru ada kesedaran utk menyelitkan semula babak2 asal ke dalam filem.

Asalnya tugas ini mustahil... Sementelahan pula pembikin filem sudah tiada lagi babak2 tu dalam simpanan. *Sila belajar dari kesilapan ini*

Diam2 ada org stow away negatif yg dibuang tuh. Cuma dgn satu twist... Tiada suara.

Nak tak nak kena korek balik skrip asal. Check apa dialog yg dituturkan watak dalam gelung filem babau tuh. Dan yg paling penting audio kena rakam lah lagu tuh.

Selepas 25 tahun, kembalilah Peter O'Toole melakonkan semula watak yg dia pegang biarpun hanya menyumbangkan vokal sahaja.

Edisi yg menyelitkan semula babak asal inilah yg bakal aku nikmati bila cuti nanti dgn restoration terbaru tahun 2012.

Oh cepatlah masa beredar! Tunggu empat bulan baru sampai BDnya... Skrg dah ada tak sabar dah nak tengok!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...