Langkau ke kandungan utama

Tolong Menolonglah Sangat...

Aku ada terbaca, kalau tolong orang yg bermasalah dorang akan ingat kita lagi bila diorang bermasalah.

Mungkin betul kot kata2 tuh. Contohnya, macam pagi ni. Naik fedap aku dibuatnya. Balik2 muka dia nak mintak tolong bayar bil itu dan ini. Kau fikir aku ni kaunter pembayaran ke apa?

Aku online banking bukan apa, utk kemudahan sendiri jugak. Maklum sajalah mobiliti terhad. Jadi bila main klik2 tu kerja senang sikit. Tak perlu buang masa beratur ke kaunter dan makan angin atas jalan bila jem.

Dalam pada masa yg sama, kalau ada kengkawan mintak tolong aku pun tolong jugak lah bayarkan secara online. Janji hulur duit.

Masalah skrg aku dah bukan jadi tempat tolong. Macam dah lebih jadi kaunter pembayaran. Semua dah beratur nak mintak tolong.

Asalnya utk kemudahan skrg dah mula menyusahkan aku pulak.

Tiap kali aku tolong bayar, tiap kali tu jugak tunai aku dalam akaun menyusut. Bila menyusut tuh perlu lah aku deposit balik duit tuh. Takan aku nak pegang tunai banyak2 kan? Bawak lagi merata. Kalau kena rompak nangis tak berlagu.

Takut pegang byk sgt tunai, terpaksa lah balik2 menapak ke Maybank, Jalan Perpaduan utk depositkan duit.

To be honest, apalah maknanya ni? Sama lah mcm aku ni tak pakai online banking. Balik2 ke bank. Balik2 ke bank.

Org yg mintak tolong, bukan takde kenderaan. Ada kenderaan. Besar, kecil, buruk, baru. Boleh aje curi2 keluar pergi ke bank yg terdekat.

Bukan aku takde sindir2 suh bikin online banking, tapi mcm tu jugaklah sampai ke sekarang. Lepas tu pandai pulak cakap, "Sampai hati kau suruh aku naik bas?"

Taik kau lah!

Yg aku pergi berpanas tunggu bas dari Langkah Syabas ke Karamunsing tu apa creta? Dah turun kat Karamunsing menapak selo-selo ke Maybank, Jalan perpaduan pulak.

Selesai depositkan duit, berinut pula ke terminal Wawasan Plaza ambil bas balik. Dah balik bukannya jalan lengang. Jem memanjang.... Aku keluar matahari belum muncul. Balik pun sama jugak tak nampak matahari.

Niat hati menolong mmg selalu ada di hati aku ni. Tapi kalau cenggini lah caranya mmg aku fedap lah! Fedap amat.

Jadi pagi ni aku hambur semuanya. Biarlah org2 itu terasa cilinya... Pfffttt...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...