Langkau ke kandungan utama

Too Bloody


Mengandaikan "Director Edition", The Passion of the Christ buah tangan Mel Gibson ini menampilkan suntingan yg lebih panjang dari yg ditayangkan di panggung, aku angkut satu.

Tidak didatangkan dgn sebarang "special features", aku lost seketika apa yg membezakan versi ini dgn apa yg aku pernah tonton bbrp tahun sudah.

Setelah membuat sedikit rujukan atas talian rupanya andaian aku yg asal itu salah. Edisi ini sebenarnya pendek dalam 4 minit dari versi asal. Dalam versi ini pengarah mengeluarkan babak yg TOO BLOODY khas utk penonton yg squeamish.

Hakikatnya, tanpa babak yg dimaksudkan filem ini masih tetap TOO BLOODY bagi aku.

Filem yg memaparkan detik2 12 jam terakhir sebelum Jesus Christ disalibkan ini boleh buat kita balik2 menutup muka.

Hukumannya kekadang terlalu kejam, membuatkan aku tertanya-tanya kalau aku yg kena sebatan berpaku seperti watak Jesus Christ dalam filem ni, agaknya dah lama pitam berbintang tak sedarkan diri berhari-hari.

Sudah dilibas begitu, isi kulit tercarik-carik, darah terpercik-percik tanpa rehat minum semalaman kerana inkuiri dari sami2 besar Yahudi boleh lagi memikul beban tiang salib ke bukit utk upacara penyaliban bersama dua lagi pesalah.

Jika itu yg cuba digambarkan oleh Mel Gibson sebagai PASSION, aku kira berjaya. Dramatisasi itu sesuai dgn kepercayaan orang Kristian bahawa Jesus Christ dihantar utk menderita, menanggung dosa umat manusia.

Yg aku paling suka sekali tentang filem ini sudah tentulah kerana ia berbahasa Aramaik. Faktor yg menarik aku utk membeli BD filem ini juga pada asalnya.

Kalau korang berkesempatan menonton muvie ni, ambil perhatian bagaimana Shoiton dalam filem ini digambarkan... Seram sial!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...