Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Friends The Complete Series

Ewah laju pulak servis PosLaju. Hantar semalam, sampai dah hari ni. Mula tuh aku jangka minggu depan baru sampai. Tup tup abam poslaju dah teriak nama aku. Ngade tau aku nih. Cepat salah. Lambat pun salah. Dah sampai tu ucap terima kasih dah ler. Ngeeee... Apa pun inilah siri TV yg aku sebut nak beli dalam entri sebelum nih. FRIENDS: THE COMPLETE SERIES dalam format bluray. Lama dah ngidam ni sebenarnya. Sejak kenal bluray lagi. Tapi bila tengok harga, kalau tak pecah tabung sampai bila pun tak dapat kot. Aku sebenarnya tak ikuti sangat siri ni masa ditayangkan di tv dulu. Mana yg sempat aku layan aku tengoklah. Mana yg tertinggal aku skip jer. Fikir nak beli DVD dia tapi masa tu byk brg lain lagi nak beli. Glad lah aku tangguh, at least aku boleh tonton siri ni dlm HQ. Sedap sikit mata memandang. Dah dpt tu moh le nonton. Bagai kera dapat bunga. Bukan dipasang bluraynyer tapi dibuat selfie dulu. Senyum dari telinga ke telinga gitu. Jangan dibawa tidur bluray tuh dah le yea! Bughok per...

Home Alone

Aisehmen sibuk beno dua tiga menjak ni. Dengan kedatangan GST, yg bakal menerpa April nanti. Dengan ada pula kematian keluarga di kalangan staf. Jadual jadi huru hara sekejap dan syukurlah semua memahami dan sudi menggantikan tempat sementara staf tu cuti. Hari ni sibuk lagi nak set up kutipan derma pula. Ada training GST lagi katanya. Hurmmm... Aku akaun ke apa sebenarnya ni? Minggu depan aku curi-curi ambil cuti. Lama dah rancang ni pun sejak tahun lepas lagi. Pakat-pakat nak tengok Furious 7 bermula tayangan pada 2 April nih. Pakat-pakat tuh saje lah buh. Ada pakatan atau tidak, belum tentu lagi. Berjanji angin je dulu buat masa ni. Hari tayangan baru kerabatan cari gink dengan siapa nak pergi. Hujung-hujung semua pergi nonton asing jugak. Macam biasa aku akan ambil slot tayangan tengahari. Masa tu best, panggung lengang dan boleh fokus pada tayangan. Habis tayangan boleh isi perut terus. Cerita-cerita pasal panggung segala, wayang segala, jadi apa kah motifnya gambar makanan yg bar...

Asap Jerebu

Sedang elok melangkah keluar masa tu jugak bos baru sampai berkopiah. Nak tak nak melangkah konfiden ke kereta untuk menuju ke destinasi petang tadi. KOTA KINABALU. Tak buat apa pun. Hajat nak deposit duit je. Dah tuh servey bekas utk simpan ikan air tawar yg nak dikirim sekali balik ke Kehel. Hujungnya tak beli apa jugak. Mintak belikan aje dgn Babu Ros kat Papar. Buat susah aje menapak ke Kiki kan? On the way balik, rakam suasana KKIA T1 yg diselubungi asap. Entah apa yg terbakar ni tak tau. Sikit masa lagi terbakar sana terbakar sini, balik berjerebulah kita satu Malaysia.

Me.Scorpio

Lama dah ngidam barang ni, hanya Isnin baru ni mengorder. Dua bulan menahan nafsu bila bukak bungkusan yg dikirim melalui Gdex ni tergamam seketika aku. Kotak aje grand. Isi dia sarung bantal dan tilam aje pun. Beli sebab ada tenun mesin kat atas tuh. Sesuailah dengan katil org bujang kan? Kaler pun macam cun aje padan dgn rak cd aku sebelah nun. Tengok harga dan kualiti masih dalam kategori mampu milik. Tak sampai pun RM100. Kalau nak pesan bolehlah berbuat demikian di lawan sesawang Lazada.com.my! Kalau tak nak corak mcm aku punya ni. Boleh jugak pilih corak lain.

Janji Sedap Layan

Pertama kali beli bluray cetak rompak, tertipu. Check kat player rupanya DVD jer. Mawnya tokey jual bluray dgn harga RM8 satu feature muvie. Boleh bengkrap! Bluray ke, DVD ke... Janji boleh tengok. Filem yg diharamkan tayangannya di Malaysia ni, atas dasar keagamaan, sememangnya dah lama aku ngidam nak tonton. Jadi bila nampak kat CP kemarin, aku rembat trus satu tanpa fikir panjang. Sebagai peminat budaya dan sejarah masyarakat Mesir Purba, filem ini mmg sedikit menyakitkan mata. Sebagai juadah filem aksi pula, buah tangan Ridley Scott ini mmg sedap dilayan dari awal hingga akhir. Mata mengantuk pun, silap-silap boleh kembali segar. Blu-ray dan DVD filem ini akan mula diedarkan pada 17 Mac ini. Bagaimana pun selepas membaca sedikit trivia pasal muvie ni, aku rasa aku takan beli versi panggung punya. Original cut dgr cerita, sepanjang empat jam. Dari terbazir wang membeli versi yg pendek yg mempunyai satu baris sahaja dialog utk Sigourney Weaver, baik aku bersabar sedikit sehingga vers...

My Cinderella Moment

Baru berkesempatan keluar hari ni. Apa orang kata, duit gaji tak terusik lagi. Kebetulan pula hari ni Cinderella memulakan tayangan. Maka sekonyong-konyonglah aku ke Suria Sabah mendahului kaki wayang yg lain mengambil tempat di panggung. Apa yg aku boleh kata? Memenuhi segala selera aku. Tidak byk yg diubah, in many cases, just the same. Namun air tangan Disney menjadikan filem nampak cantik dan tidak terlalu menggunakan sangat kesan khas. Casting pula semuanya PERFECT. Part casting tu sengaja je sebut sebab dua pelakon kegemaran berentap dalam filem yg diangkat dari cerita dongeng nih. Cate Blanchett, sebagai ibu tiri yg kejam. Ada seakan percubaan dari Disney utk mengembangkan karektor ibu tiri tuh. Ada sejarah hitam yg lepas yg disembunyikan... Tapi dlm konteks biasa, perlu ke kita bother knp ibu tiri Cinderella kejam. Kalau boleh biarlah kejam habis-habisan. Atau cukuplah, mmg ibu tiri tuh nak rampas reta kan? Klasik karektor. Dan yg paling surprise, Helena Bonham Carter sebagai F...

The Same Offer

Macam-macam pula insiden yg berlaku di hotel sejak akhir2 ni. Memandangkan semuanya kategori P&C, aku tak berani hapdet ceritanya di sini. Dalam huru-hara tuh, tiba-tiba aku dipanggil. Mula-mula tu fikir diminta membuat sebarang kenyataan. Bersedia dah susun ayat di kepala ni, dup dap dup dap... Bila tutup pintu DM, lain pula kesahnya. Guess what, sekali lagi aku ditawarkan jawatan yg pernah aku tolak 2013 dulu. Canggung tak bersedia, sementelahan tak menyangka, aku tak bagi jawapan terus. Kalau aku bagi jawapan on the spot masa tuh, minggu depan aku dah boleh mula katanya. Dari apa yg disampaikan oleh DM, aku ramal tawaran lepas is still the same with the new one. Tanya pendapat Nora yg dah menjawat jawatan yg sama di hotel ni pun menasihatkan aku agar menolak tawaran itu. Unless offer dia tidak kurang dari RM2,500 with increments and allowances baru aku terima. Kurang dari tu, aku mintak maaf! Tawaran kecil, anggap pulak aku new comers, mcm kena kasi bodo aje kita kan? BTW, I...

Puteri Gunung Ledang (Boxset Bluray) (Video)

Makan hati tak? Hari ni sibuk beno meracun para kengkawan supaya beli satu boxset bluray ni. Kalau tak nak blu-ray ni beli yg versi DVD pun jadilah. Promote ni bukan apa. Bukan nak mintak komisen ke apa. Just nak encourage warga Malaysia menyokong produk tempatan. Bila ada permintaan, penawaran pun akan ada jugak. Peminat bluray mcm kami ni pun, tadah tangan bersyukur dapat beli walaupun satu salinan. Kalau mampu teringin nak beli buat hadiah kepada kawan2 pulak kan? Cakap pasal teringin ni, gatal pulak hati nak mintak autograp Tiara Jacquelina kan? Kalau tak dapat tak pe. Dah penah tengok live kat Airport lama Alor Star dulu. Itu pun cerita dah lama, tapi tengok Tiara skrg pun mcm takde beza. Tetap menten kan, kan, kan?

Puteri Gunung Ledang (Boxset Bluray)

Aku dah mula menyerahkan koleksi DVD aku kepada kawan-kawan. Ini peringkat pertama, dan akan menyusul lagi siri berikutnya sepanjang bulan Mac. Tindakan ni perlu aku buat bagi mengurangkan limpahan DVD yg memakan byk ruang. Penyerahan DVD ni juga bermakna aku ada ruang simpanan bagi koleksi Bluray aku yg kian membesar. Ada koleksi dari aku punya sendiri. Ada jugak yg dari adik aku punya. Ini yg sampai hari ni pesan secara eksklusif dengan Enfiniti Media Vision (hubungi alice@enfiniti.com.my). Harga pula RM139 seunit. Boleh beli terus ke pejabat atau kalau yg tinggal di luar Klang perkhidmatan pos terus ke rumah disediakan tapi perlu tambah RM15 lagi. Selain Bluray boleh juga tempah DVD pada harga RM39 seunit. Boxset Bluray Puteri Gunung Ledang ni aku tak bukak lagi. Fikir nanti nak buat video unboxing utk kongsi kepada semua kalau boleh nak satu dunia.... Hew3x. Tak sangka ya, penantian selama sepuluh tahun ada hikmahnya. Lahirnya versi bluray ini membawakan satu pengalaman yg berbeza ...

Lokek, lokek...

Ketaaangggg!!! Bunyi mcm ada menda jatuh dari atas. Sambil menggaru tapak kanan, aku mencari-cari punca bunyi. Biasa punca bunyi begini datang dari pempanan burung yg meluru terbang keluar melanggar cermin kaca. Kemalangan begini lazimnya menghasilkan bangkai burung. Gagal menemui sebarang bangkai burung, aku kembali ke kaunter. Dalam perjalanan balik ke kaunter, aku perasan ada satu objek berdekatan kikizapan satu peralatan menuai yg menghiasi ruang Tangkob. Seingat aku objek itu tidak kelihatan di situ sebelum ni. Menolak kemungkinan yg itu hanya daun kering, mungkin juga didorong oleh rasa ingin tahu, aku dekati juga objek tuh. Bila penglihatan aku dpt mengenal pasti objek tersebut dlm balam-balam subuh hari, aku tergamam. Aik, macam mana benda ni boleh terjatuh, fikir ku sendiri. Di kepala aku mula mencipta teori, namun gagal. Yg pasti benda tuh menghentam kikizapan sebelum terdampar di lantai dingin. Bunyi hentaman tuh yg mungkin aku dgr tadi. Tak tahu nak buat apa dengan benda tu...

Cetakan Pertama

Macam tak nak tidur malam ni. Rasa mcm nak raikan berita gembira ni. Tapi dgn siapa dan dgn apa? Dah berjaya buat pesanan nak jugak berkongsi pengalaman, tapi semua orang dlm grup pun teruja sama. Sampai pertanyaan aku tak berjawab. Terpaksalah berusaha skrol komen2 atas utk membuat pesanan pagi tadi. Hanya seribu salinan sahaja dibuat, katanya. Cetakan terhad. Edaran pun tidak melalui kedai. Jadi berbesar hatilah mahu menjadi pemilik cetakan pertama itu meskipun harga bapak mahal nak mampus. Sedekad lamanya menunggu berita ni, berangan memiliki  DVD sejak pertama kali menontonnya di panggung. Citarasa pun sampai dah berubah dari DVD ke Blu-ray dalam tempoh tuh. Harapan aku biarlah penantian ini berbaloi. Bila dah dapat pemberitahuan yg pesanan aku dipos nanti, aku akan kongsikan lagi di sini. Bila dah dapat barang yg dipesan WAJIB lah aku cerita di sini jugak kan? Sah kena buat bideu unboxing lagi le kita kan? Tak sabar nak pegang barang tuh!

Bongoknya Tak Ke Mana Jugak

Dari sejak tahun lepas lagi, kedengaran ura-ura mahu buat renovation. Bila ditanya harapan aku dari renovation yg bakal dibuat aku hanya tersenyum hambar. Tempohari kata tarikh renovation akan diumumkan sebelum tamat bulan Januari. Skrg dah habis bulan Februari pun masih belum ada khabar berita. Dari aku buang air liur bercerita angan-angan mat jenin, lebih baik aku diam sahaja. Apa masalah hotel ni sebenarnya, tanya abang kontraktor tuh, cuba mengumpul pandangan staf utk meyakinkan betapa perlunya renovation tuh. Secara jujur, hotel ni masih boleh buat duit, dengan apa yg ada. Kalau perlu pun, hapgred sikit2 sahaja. Tambah mana yg patut. Memandangkan pengurusan yg baru ni berpendapat perlu renovation, jadi aku telan aje pandangan aku tuh. Sebaliknya aku highlight kan masalah yg tidak begitu dipandang serius oleh pengurusan yg sebelum ni. Pengangkutan awam. The fact yg hotel ni jauh sikit dari bandar dan berada di luar lingkungan kemudahan pengangkutan awam kurang diambil peduli. Belum...