Langkau ke kandungan utama

Bongoknya Tak Ke Mana Jugak

Dari sejak tahun lepas lagi, kedengaran ura-ura mahu buat renovation. Bila ditanya harapan aku dari renovation yg bakal dibuat aku hanya tersenyum hambar.

Tempohari kata tarikh renovation akan diumumkan sebelum tamat bulan Januari. Skrg dah habis bulan Februari pun masih belum ada khabar berita.

Dari aku buang air liur bercerita angan-angan mat jenin, lebih baik aku diam sahaja.

Apa masalah hotel ni sebenarnya, tanya abang kontraktor tuh, cuba mengumpul pandangan staf utk meyakinkan betapa perlunya renovation tuh.

Secara jujur, hotel ni masih boleh buat duit, dengan apa yg ada. Kalau perlu pun, hapgred sikit2 sahaja. Tambah mana yg patut.

Memandangkan pengurusan yg baru ni berpendapat perlu renovation, jadi aku telan aje pandangan aku tuh. Sebaliknya aku highlight kan masalah yg tidak begitu dipandang serius oleh pengurusan yg sebelum ni.

Pengangkutan awam.

The fact yg hotel ni jauh sikit dari bandar dan berada di luar lingkungan kemudahan pengangkutan awam kurang diambil peduli.

Belum pun aku ke bhg pengembangan isi, abang kontraktor ni membantah.

Abang kontraktor mempersoalkan isu itu sebagai tidak relevan dengan meletakkan hujah yg semua orang sekarang memiliki kenderaan.

Kalau kau refer to yourself atau kawan2 kau, mmg lah ada kereta. Kemungkinan besar semua yg datang ke hotel ni berkenderaan.

TAPI...

Pelancong luar negara, yg datang dari semenanjung atau yg bukan dari Sabah kau tengok ada tak bawak kenderaan?

Itu sebab wujudnya konsep 'airport transfer' atau pun kenderaan berbayar atau percuma utk memudahkan pelanggan yg mendaftar di sini datang atau pergi dari hotel ni.

Apa lah yg kau tahu? Kau tu kontraktor dan sbb kau ada hangan-hangan nak renovate hotel ini tidak semestinya menjadikan kau lebih bagus dari aku.

Lain kali kau mintak pendapat lagi, aku zip mulut aku. Sbb aku mmg sangat tak suka dgn orang yg mintak pendapat lepas tu dibantah pulak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...