Langkau ke kandungan utama

Home Alone


Aisehmen sibuk beno dua tiga menjak ni. Dengan kedatangan GST, yg bakal menerpa April nanti. Dengan ada pula kematian keluarga di kalangan staf. Jadual jadi huru hara sekejap dan syukurlah semua memahami dan sudi menggantikan tempat sementara staf tu cuti.

Hari ni sibuk lagi nak set up kutipan derma pula. Ada training GST lagi katanya. Hurmmm... Aku akaun ke apa sebenarnya ni?

Minggu depan aku curi-curi ambil cuti. Lama dah rancang ni pun sejak tahun lepas lagi. Pakat-pakat nak tengok Furious 7 bermula tayangan pada 2 April nih.

Pakat-pakat tuh saje lah buh. Ada pakatan atau tidak, belum tentu lagi. Berjanji angin je dulu buat masa ni. Hari tayangan baru kerabatan cari gink dengan siapa nak pergi. Hujung-hujung semua pergi nonton asing jugak.

Macam biasa aku akan ambil slot tayangan tengahari. Masa tu best, panggung lengang dan boleh fokus pada tayangan. Habis tayangan boleh isi perut terus.

Cerita-cerita pasal panggung segala, wayang segala, jadi apa kah motifnya gambar makanan yg baru siap dimasak di atas tuh?

Ahaks...

Nilah kerjanya terpaksa masak terjun apa yg ada memandangkan mak dan ayah duk terbang ke Kehel melawat sedara mara di sana. Lama jugak derang kat Kehel tu sehingga pertengahan bulan depan.

Dah tau lama keseorangan tuh, aku pun fikir apa salahnya aku bazir sikit duit lah beli satu siri TV popular satu masa dulu. Kalau aku sebut kompom hangpa-hangpa semua tau. Jadi tak mo habaq lagi lah dulu naaa. Bila dah dapat besok, kang kita kongsi lah kat sini.

Yg aku tetiba cakap utagha ni apa ke hai? Buang tebiat ka?


Entah mcm mana boleh meleret ceritanya, aku pos gambar Sphaggeti (Angel's Hair) kat pesbuk nun ke atas boleh sampai ke cerita zaman belajar di UUM dulu.

Mecul (paling kiri) bagitau rumah sewa kitorang dulu kat University Aparment dah ditukar menjadi kelas. Dak Mecul ni jugak lah yg memperkenalkan sphageti dalam makanan ruji kami dulu. Tiap2 minggu wajib buat parti spaghetti tuh.

Tak tau lah rupanya kelas tuh mcm mana skrg, rasanya dah tak mcm apartment dah lah kot yea. Entah bila agaknya berpeluang ke sana lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...