Langkau ke kandungan utama

My Cinderella Moment


Baru berkesempatan keluar hari ni. Apa orang kata, duit gaji tak terusik lagi. Kebetulan pula hari ni Cinderella memulakan tayangan. Maka sekonyong-konyonglah aku ke Suria Sabah mendahului kaki wayang yg lain mengambil tempat di panggung.

Apa yg aku boleh kata?

Memenuhi segala selera aku. Tidak byk yg diubah, in many cases, just the same. Namun air tangan Disney menjadikan filem nampak cantik dan tidak terlalu menggunakan sangat kesan khas.

Casting pula semuanya PERFECT.

Part casting tu sengaja je sebut sebab dua pelakon kegemaran berentap dalam filem yg diangkat dari cerita dongeng nih.

Cate Blanchett, sebagai ibu tiri yg kejam.

Ada seakan percubaan dari Disney utk mengembangkan karektor ibu tiri tuh. Ada sejarah hitam yg lepas yg disembunyikan... Tapi dlm konteks biasa, perlu ke kita bother knp ibu tiri Cinderella kejam. Kalau boleh biarlah kejam habis-habisan.

Atau cukuplah, mmg ibu tiri tuh nak rampas reta kan? Klasik karektor.

Dan yg paling surprise, Helena Bonham Carter sebagai Fairy Godmother.

Pecah perut aku tengok gelagat Helena masa nak menukar segala menda jadi kenderaan si Cinderella ke majlis tari menari diraja. Kelako tengok mimik muka dia. Selalu saja ambil watak pelik2 makcik ni tapi semuanya menjadi.

Masa dia jadi nenek tua tuh, langsung tak cam muka dia... Mmg meletup mekap depa ni yea!

Momen yg aku terpukau?

Sudah tentulah masa Cinderella bertukar baju secara magik. Gila cantik kesan khas dia. Tergamam kejap tengok.

Bagi yg tak tengok lagi... Pergilah! Tak mengecewakan!

Sebelum tuh kita akan dihidangkan dgn FROZEN FEVER, short film lanjutan filem animasi kegemaran ramai FROZEN.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...