Langkau ke kandungan utama

Lokek, lokek...

Ketaaangggg!!!

Bunyi mcm ada menda jatuh dari atas.

Sambil menggaru tapak kanan, aku mencari-cari punca bunyi. Biasa punca bunyi begini datang dari pempanan burung yg meluru terbang keluar melanggar cermin kaca.

Kemalangan begini lazimnya menghasilkan bangkai burung.

Gagal menemui sebarang bangkai burung, aku kembali ke kaunter.

Dalam perjalanan balik ke kaunter, aku perasan ada satu objek berdekatan kikizapan satu peralatan menuai yg menghiasi ruang Tangkob. Seingat aku objek itu tidak kelihatan di situ sebelum ni.

Menolak kemungkinan yg itu hanya daun kering, mungkin juga didorong oleh rasa ingin tahu, aku dekati juga objek tuh.

Bila penglihatan aku dpt mengenal pasti objek tersebut dlm balam-balam subuh hari, aku tergamam.

Aik, macam mana benda ni boleh terjatuh, fikir ku sendiri.

Di kepala aku mula mencipta teori, namun gagal. Yg pasti benda tuh menghentam kikizapan sebelum terdampar di lantai dingin.

Bunyi hentaman tuh yg mungkin aku dgr tadi.

Tak tahu nak buat apa dengan benda tuh aku ambil gambar.


Mula-mula tadi fikir dah mati. Setengah jam kemudian, perlahan-lahan bergerak dan hilang. Sebelum menghilang sempat lagi menakutkan dua org pelancong Jepun.

Lokek lokek...

Aku tersenyum simpul, mengajuk bunyi tokek tu dalam kepala. Nasib baiklah lakat damit lagi, kalau tidak kompom aku bungkus jual tadi. Boleh jugak tampung2 kos beli S6 Edge nanti.

Sebut pasal beli-beli ni, pesanan aku yg semalam dah selamat diposkan. Pihak Enfiti dah pun memaklumkan melalui Emel pagi tadi. Kalau semuanya berjalan baik, dengan izin tuhan, esok atau lusa sampai lah kot.

Berdebar jugak sebenarnya ni. Sepuluh tahun menunggu beb, tinggal sehari dua lagi pun akan jadi milik ku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...