Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Tapak 0 KM, Kota Kinabalu

Cerita kemarin terserempak dgn DMM di Gaya Street. DMM ni owner hotel tempat aku kerja. Tak tahulah kalau dia cam aku ke apa... Datuk rasanya tak penah lagi nampak aku berpakaian selain uniform hotel. Gara-gara nak mengelak tu, aku tangguh niat nak singgah ke Beng Kepala Rimau. Dari aku menyamar jadi tiang tanda jalan, atau terhendap-hendap di balik kereta, baik aku ronda2 tempat lain dulu lah kan?. Bila line dah clear baru datang balik ke sini. Yg tak tahan tuh sempat snap lagi kan? Hahaha... Saje nak share creta dgn kengkawan dlm Tajau Bida' (grup Telegram). Undur langkah hati-hati, opocot terjumpa plak tapak 0 KM nih, di Sabah Tourism. Di mana lagi tempatnya kalau bukan di Gaya Street jugak! Dah di sini apa lagi acukan henfon dan ketik ketik lah jawabnya. Sape yg singgah Kota Kinabalu tuh nanti, cariklah tempat ni dan jgn lupa selfie tau! Landmark penting jugak di KK ni. Menurut penerangan pada TAPAK 0 KM, tapak ni telah digazetkan pada tahun...

Pizza Hut Solo

Hari ini dalam sejarah bila aku makan tengahari secara solo di Pizza Hut. Mungkin bagi sesetengah orang lain, eleh biasa jelah makan sorang-sorang tuh, why make such a fuss? Hari-hari pun mmg makan suap sendiri jugak kan? Mmg betul kot, itu kalau makan megi kari kat rumah lah. Tapi kat kedai makan francais mcm ni rasa janggal bagi aku. Even kalau mmg dah takde kawan sangat, sekalipun di airport sanggup bungkus dan makan kat tempat lain yg mmg takde org. Kalau takde kawan, jawabnya rela aku berlapar selagi tak sampai rumah! For starter, kita hirup sup cendawan nih panas-panas. Lain lah kalau PHD tu kan, dah sampai pun kalau tak suam-suam kuku dah sejuk kejung. Yg masih hangat baru keluar dari periuk ni mmg best sedap utk dinikmati gitewww... Nama pergi Pizza Hut, tapi tak makan pizza pun. Yg dipesan spageti bolognis bersama bebola daging nih. Sepinggan ekonomi mcm ni manalah cukup kalau bawak perut naga kan? Tak nak nampak mcm orang kebulur sangat kita add on menu la...

The Company Man

Seharian suntuk membuta, malam berjagalah nampaknya. Sesambil tunggu kantuk datang, elok kita hapdet belog lah kan? Petang tadi sempat jugak sambung layan The Grey tapi tak sampai habis. Citer pasal mangsa nahas kapal terbang menyelamatkan diri dari sekumpulan serigala di tengah-tengah belantara salji. Fikir hari tu sebab mengantuk, tapi layan balik pun sama jugak citernya tetap membosankan. Bila dah bosan tu maka tidurlah aku lagi. Dah bangun cek2 dlm pendrive ada pulak lagi muvie lain yg boleh ditonton. The Company Man. Play sikit, aik dlm hati. Citer ni aku ada rancang nak beli kat Amazon tempohari. Tak tahulah pulak ada dlm simpanan. Maklumlah belasah aje copy dari adik. Tak pilih bagus ke tidak. Dah ada tu fikir tak payah lah beli dah. Layan je yg ada dlm pendrive tuh. Tarikan utama citer ni bagi aku sudah tentulah pelakon dia. Apa ntah nama dia susah aku nak ingat. Mula-mula nampak dia berlakon dalam satu drama Korea, Story in Bali. Mana2 cerita yg aku tengok mata di...

Gangguan Siaran

Wahai pembaca budiman, Sorilah sebab berlaku gangguan siaran belog bbrp hari lepas menyebabkan ianya tidak boleh diakses. Atas sebab yg rasanya tidak perlulah dibincangkan di sini, belog lama itu akan ditutup dari khalayak umum buat selama-lamanya. Aku tidak berniat untuk berhenti berbelog, jadi aku bukak tapak baru. Aku jugak tidak buang entri-entri dari belog sebelum ni. Sebahagian besar entri lama aku turut muatkan di sini utk bacaan pembaca semua. Pembaca semua lah katanya kan... Macam lah ada pembaca... Tahun ni buat pertama kali pihak hotel buat majlis perpisahan bagi pelajar praktikal yg menamatkan latihan industri mereka di hotel kitorang. Batch kedua buat latihan industri at my department pulak buat kejutan bila menyerahkan buah tangan kenangan ini kepada kami... Terharu gitu. Sorilah not available masa penyerahan cenderahati ni. Semoga keputusan cemerlang yea graduation nanti! Buat tahun ni pelajar-pelajar yg kami terima, alhamdulillah, dalam prestasi memuaskan...

Teringat-ingat Masa Itu

Tahniah dpt ruam panas! Padan muka lah kan? Bbrp hari sebelum ni balik-balik melantak soto daging kan? Ni helok pulak musim raya haji lambakan daging kerbau percuma pulak bertambah, maka takde had lah brp byk daging kerbau masuk dalam sistem. Bila dah terlebih muatan, cengginilah jadinya aku. Nak tak nak terpaksalah stop makan daging kerbau buat sementara. Dah tak boleh makan daging, kita tengok je lah kan? Ni pun baru mula nak tengok siri ni balik. Dulu-dulu ada jugak layan kat TV. Itu pun main jeling-jeling je. Masa singgah di Batu Feringgi dulu sekitar 2006 aku ada hangkut satu yg cetak rompak punya. Layan lah sampai habis mengekek, depan komputer. Tak macam Grey's Anatomy, aku tak berahi sangat nak menonton musim yg seterusnya. Kalau ada DVD depan mata mungkin aku layan kot. Ni pulak tetiba bernafsu balik nak tengok. Mungkin saje utk hiburan, dan mungkin jugak sebab nak walk down the memory lane. Grey's Anatomy dan Desperate Housewives ditayangkan di tahun akhir aku berada ...

Let the Sun, SHINE

Aku baru saje sbentar tadi menyudahkan Grey's Anatomy musim yg ke-11. Ikutkan hati malas nak sudahkan cepat-cepat. Nak terus dibuai oleh Grey's Anatomy bliss. Tapi sampai bila kan? Jadi aku aturkan supaya hari ni aku habiskan semua episod menyamakan TARIKH premier Season 12 di US. Gedik kan? Kebetulan jugak, pada hari ni hari raya dan mark satu bulan lagi nak terbang bercuti ke Bali. Hopefully semuanya berjalan baik. SELESAINYA Grey's Anatomy ni bolehlah aku move on ke siri DESPERATE HOUSEWIVES pula.

A Blast From the Past

Surprise bila kenalan maya dari Filipina kontek aku balik. Walau pun kitorang jarang bertegur sapa, pesbuk bleh ingatkan kita balik as memories? Sebab jrg bertegur tu lah kot aku remove member ni dari friend list. The exact detail how we met were now sketchy. My feelings say mungkin bermula di Forum Denden, berpindah ke Hi-5 dan dilanjutkan ke Pesbuk. Minat Spice Girls has open me up to many possibilities. Bukan sahaja mendapat kenalan baru tapi membantu merobohkan banyak sempadan geografi demi pertukaran minat yg sama. Paling penting shopping online, berusaha keras tu belajar mcm mn nak buat pembayaran dan kos penghantaran. Ingat lagi dulu2 siap terpaksa ke bank buat bank draf (semacam wang pos tapi dlm btk cek berpalang untuk urusan antarabangsa). Dah buat bank draf nak kena pos lagi ke Amazon. Sesudah Amazon terima pembayaran barulah pesanan kita diproses. Sekarang dgn teknologi yg ada semuanya mudah, pakai kad je janji duit ada. Dua tiga minggu kemudian barang pun sampai. Dari semu...

The Scorch Trials

Ada banyak citer menarik ditayangkan minggu lepas dan minggu nih. Gambar ini yg akhirnya membantu aku membuat the ultimate choice tanpa membaca review dan ratings. Aku pun tak tahu apa yg ada pada gambar ni, tapi menimbulkan tanda tanya apa watak ni buat sbnrnya? Bulat-bulat mengikut gerak hati aku terjah panggung dan hasilnya, kawan-kawan? Jujur aku katakan pilihan aku kali ini tidak menghampakan. Dari mula sampai kredit, aku menonton dengan penuh rasa ingin tahu. Dalam hati menyumkpah, "Sudaahhhhhh... Apa lagi ni?" Cerita tak habis di situ. Dah tengok The Scorch Trials, kena pulak tengok filem yg terdahulunya, The Maze Runner. As it happen, aku suka jugak citer The Maze Runner ni dan dalam kepala merancang untuk menonton filem berikutnya. Ada sesuatu yg aku belajar dari filem pertama. *Spoiler Alert* It is fear that keep us where we are. Tiga tahun Gladers hidup bersama memastikan diri mereka selamat dari bahaya disebalik The Maze. Mereka tidak tahu kenapa mereka diletakkan...

Grafiti@KK

Bbrp kali nampak orang pos di pesbuk, aku jadi berahi mahu turut sama mengabadikan penampilan baru Wisma Sabah dihiasi lukisan abstrak itu dlm bentuk gambar untuk dikongsi bersama pembaca budiman (ada pembaca kerrr?) Setakat pagi semalam, bbrp bhg muka bangunan wisma ni aku tengok masih dalam proses re-painting. Dah kebetulan mengacukan S6E ala2 pelancong tuh, apa kata kita tangkap sekali puin bangunan yg menjadi pusat aktiviti grafiti di Kota Kinabalu. Bagi peminat conteng-conteng dinding ni, mudah sahaja nak cari tempat ni. Cari Suria Sabah atau Wisma Sabah jumpa lah lokasi ni. Siapa yg ada bakat terpendam tuh dan berminat nak meninggalkan satu atau dua grafiti di sini mungkin ini lah peluangnya? Yg sekadar ingin menjadikan lokasi ini mercu tanda pernah menginjakkan kaki di metropolitan Kota Kinabalu, bergambar kenangan di balik latar seni jalanan ini pun rasanya sudah melengkapkan lawatan korang. Masa aku sampai sini matahari dah mula naik 45 d...

Proudly Presents

Lain bos, lain visi dan misi yg hendak dicapai. Kita sebagai kuli menurut sahaja. Lega jugaklah bos yg baru kali ni suka outsource dlm byk perkara. Kuranglah sikit beban kerja tuh. Kalau bos sblm ni, segalanya nak kena create sendiri. Nak jimat kos katanya. Ni hasil projek terbaru bos kitorang. Panggil profesional videographer buat hasilnya pun kita tengok memuaskan. Kita yg duk pakai kamera henfon pintar je ni mana dapat nak saing dgn DSLR. Lagi-lagi flying camera bagai tuh kan? Begitu pun, kerja-kerja suntingan video diberikan kepada pelajar praktikal. Pilihan ni bukan menidakkan creative part pembikin video tuh, tapi lebih kepada convenience. Ini suntingan baharu. Hasil tangan sebelum ni byk kesilapan fakta dan ada bbrp perkara yg aku rasa patut ditukar. My concern sudah tentulah resolution yg digunapakai. Dgn trend penggunaan TV lebar skrg ni tak sesuai lah kalau resolution kotak tuh. Sudah diubah resolusi ni mmg elok lah utk ditayang di TV sebagai display di lobi hotel nanti. Mala...

Bahtera Merdeka

Apa lah erti Merdeka bagi kita yg tak pernah melalui proses kemerdekaan itu sendiri? Bagi kita yg hanya membaca sejarah penubuhan Malaysia, kemerdekaan itu mungkin hanyalah perbarisan, menyanyikan lagu-lagu patriotik dan mengibarkan bendera. Itu semua hanya luahan rasa MERDEKA disambut bangga namun, sebagai anak Merdeka, memanfaatkan kemerdekaan yg dianugerahkan itu lebih penting sebelum apa yg menjadi milik kita itu dirampas semula. Syok sendiri, aku cuba cabar diri sendiri menyanyikan satu lagu patriotik yg dipopularkan oleh Aisyah. Sedap ke tak, janganlah nilai sangat yea. Aku pun bukanlah penyanyi profesional. Anggap sahajalah sebagai cara aku menzahirkan rasa kesyukuran pada Kemerdekaan yg dinikmati oleh kita semua rakyat Malaysia.

Baby Boo

Bikin stok sengih di kala duka. Cuma nasihat aku jangan ambil serius sangat statement tuh. Baby face ke menda kan? Walhal kertu dohhhh... Been holed up with the series since July. Laju je layan 1 - 8 mcm hari2 marathon. Masuk musim ke-9 aku slow down. Ni pun ada telen nak radu 10 episod sehari nampak gayanya. Sakan sangatkan? Dua hari ni pikir nak take a break dulu lah then later baru continue the series back. Entahlah mcm disturb plak tgk kapel Arizona-Callie, Derek-Meredith having bad times keeping their relationship together. Most of the time aku pun tak faham apa yg dorank gaduhkan. Setiap episod kompom ada confrontation. Meletihkan jugak kkdg not to mention aku skrg kan mcm dah dianugerahi INNER PEACE gitu mcm kacau aura kiter sikit... Kih3x. Dua hari je la baby boo rehat. Esok2 kita radu mcm org gila... Hahaha...

Kosong & Tenang

Mcm best plak perasaan mcm ni. Kosong & Tenang. Aku tak taruh hati kat sapa-sapa. Sapa-sapa tak taruh hati kat aku (biasanya tiada). Tak perasan pulak sejak bila tasik perasaan aku ni lengai. Harapan aku biarlah keadaan ni berpanjangan, sampai tahun depan pun aku tak kisah. Yg risaunya keadaan mcm ni mcm alamat kepada bencana lain yg bakal tiba. Detik-detik sebelum tsunami menyapu pesisir perasaan tu seakan sunyi seketika. Datang gelombang - BOOM - entah ke mana kita nak lari? Harapnya tak lah sampai ke situ. Aku dah mula menonton Grey's Anatomy musim yg ke-11. Rentak siri ni dah mcm berubah sikit. The series feels a little bit different, rasa mcm fresh tapi masih mengekalkan intipati rancangan. Ikutkan aku siri ni patutnya dah tamat pada musim ke 8 lagi. At the end of Season 8, the last three surviving interns: Dr Yang, Dr Grey dan Dr Karev spttnya menamatkan internship mereka di hospital Seatle-Mercy tu dan meneruskan residency mereka di hospital lain. Mungkin jugak atas perm...

What is LOVE?

Melebar senyuman hari nih sebab sbam posmen dtg membawa pesanan yg aku nanti-nantikan sejak bulan lepas. Dengan ketibaan bungkusan tuh maka lengkaplah siri Desperate Housewives aku. Siap layan Grey's Anatomy boleh lah aku mula layan siri nih. Dlm pada tu aku intai2 siri The Bigbang Theories. Mcm berminat plak dgn siri komedi yg berkisar dlm kehidupan geeks. Senyum tak putus lagi bila abam poslaju dtg membawa sebuah bungkusan lagi. Lama dah mengidam nih ha. Walaupun pre-loved tapi nampak baru lagik complete with all the originals slipcovers and leaflet. Hati senang kita pun menyibukkan diri. Rindu nak sembang-sembang cenggini. Talk about life in general and question ourselves about unhappiness we're dealing everyday. Was I loved enough? Laugh enough? No lookin back. I choose this destiny.

Menyotokan Diri

Citer semalam. Gara-gara mengidam pergi sorang-sorang jamu selera. Ajak orang tu, ajak orang ni pergi sama semua pulak sibuk. Nasib seberang jalan aje gerainya tak jauh mana. Jadi konfiden ajelah menapak sensorang pergi makan tinggalkan tugas pada staf yg masuk pukul 3 ptg. Nama kedai Warung Bakso Kinabalu, bukak sekitar dua petang lah gitu. Elok aku melabuhkan punggung di situ menanti pesanan siap baru pengunjung mula bertandang. Semangkuk tu RM5.00 sahaja. Okeylah bikin hilangkan lapar. Tengok kat menu ada jugak gerai ni jual Soto Kaki Ayam. Hurmmmm... Mungkin boleh terai pada masa akan datang kan? Hahaha... Bila cakap pasal kaki ayam ni teringat orang kata, kalau makan kaki ayam nanti tulisan jadi mcm cakar ayam.

Tayar Pancit Di Kampung Beringgis

Menyampah tau pagi2 buat hal! Masuk yg ni kali kedua aku stranded di Kampung Beringgis. Pertama kali tahun lepas teksi kehabisan minyak. Dah la bulan poser nak gi jengok bapak di Hospital Queen boleh2 plak kejadian begitu terjadi! "Saya suda isi RM30 tadi pagi kenapa boleh habis?" Cinabeng punya teksi drebar! Ada patut cakap mcm tuh. Ko tu bawak teksi harus la meronda carik penumpang kan? Ulang alik hantar penumpang ke destinasi yg entah mana jauh entah mana dekatnya lagi? Dgn isi RM30 ko pikir cukup???? Nasiblah awal sempat jugak siapkan tayar dan sampai ke tempat kerja. Kalau elok2 seminit lagi dah time how? Isi borang latecomer lagi lah jawabnya kita yea?

P*****k

Dpt guest P*****k kemarin. Entah apa yg merasuk tetiba memanas sendiri. P*****k: Eh sejak bila ada pulau situ? Saya: Memang lama suda situ. P*****k: Dulu mana ada? Mungkin cara yg baik tangani guest begini seperti yg aku buat sebelum2 ni adalah dgn memberi pertanyaan sarkastik seperti, "Oh yea ke? Saya tak perasan pulak?" Tapi semalam aku mmg malas nak layan orang. Hari pertama kerja enjin tak hidup sepenuhnya lagi kan? Malas nak bertekak dan atur strategi aku cuba alih fokus pada proses pendaftaran masuk. Taktik aku tuh nampaknya tak jalan. Si P*****k masih tidak puas hati sbb aku boleh rasa tenungan amarah dia tuh walaupun mata aku tak nampak. Yg daftar masuk ni sebenarnya bukan lah si P*****k tuh, member dia yg sorang lagi. Dia tak silap pengiring aje, tapi lagak mcm samseng jalanan yg aku rasa sudah mula cuba nak tutup malu. Kenapa aku cakap begitu sebab tetiba segala staf yg 10 tahun lepas dia sebut. Untuk apa dia cakap begitu? Nak bagitau yg dia pernah kerja sini? Di...

Taz-mazing Day!

Tade citer yg menarik perhatian aku hari ni jadi aku redah jelah apa-apa yg ada. Aku tak harap pecalonan Oscar punya filem lah asal boleh gelak2 pun sudah mencukupi. Keputusannya aku pilih UNDERCOVER DUET. Rebiu aku??? Dari lima orang yg masuk panggung; dua keluar awal, satu tidur berdengkur,  dua lagi sekali sekala mengekek bila kena masanya. Salah satu yg mengekek tu aku le. Beralih kepada menjamu selera, aku hari ni macam tak berapa bernafsu sangat nak makan apa2. Jadi aku sekadar singgah Just Berrys: Dessert House di Suria Sabah tu cuba pencuci mulut mereka yg berasaskan durian. Ini dia Milky Durian Freeze yg aku pesan dlm harg sekitar RM13++. Rasa pulak, bolehlah sedap di makan tyme panas2 ni kan. Selesai semua tuh aku memborong di SPEEDY VIDEO, Centrepoint sesambil menggayakan baju TAZMANIA Vintage Limited Edition yg aku beli dua tahun lepas. Lama simpan tuh baru hari ni pakai... Alang-alang dah pose dgn baju yg tak berapa nak baru ni utk show off aku bikin la sbg gmbar profa...

Tok tok, Siapa Di Sana?

Hampeh menyesal aku layan wayang seram kantonis tengahari tadi yg haram tak seram pun. Ini tidak bermakna filem berjudul Knock Knock Who's There? seteruk yg aku ceritakan. Idea dia nak buat seram tu ada cuma tak memenuhi aras seram aku yg tinggi nih. Pada asasnya filem ini ada tiga cerita hantu berasingan yg cuba dikaitkan menjadi satu. Kisah pertama pasal hantu yg kehilangan kepala. Klise bunyinya tetapi kematian tragik ni menemukan semula 'hantu' tadi dengan bekas kekasihnya yg kebetulan mengurus hal-hal kematian dan pengebumian. Masih berkisar di kawasan yg sama, kisah kedua berkenaan hantu kucing yg membalas dendam selepas dikorbankan untuk tujuan menang berjudi. Tak tahulah samada dendam tertunai tapi ceritanya di sini mcm tergantung sikit. Tidak jauh dari tempat kejadian kisah pertama dan kedua terjadi pula kisah hantu meminta kuncinya utk dipulangkan supaya dpt kembali. Hantu kunci ini menjadi mangsa selepas menjadi sasaran nafsu luar tabii seorang lelaki nikrofilia....