Langkau ke kandungan utama

P*****k

Dpt guest P*****k kemarin. Entah apa yg merasuk tetiba memanas sendiri.

P*****k: Eh sejak bila ada pulau situ?
Saya: Memang lama suda situ.
P*****k: Dulu mana ada?

Mungkin cara yg baik tangani guest begini seperti yg aku buat sebelum2 ni adalah dgn memberi pertanyaan sarkastik seperti, "Oh yea ke? Saya tak perasan pulak?" Tapi semalam aku mmg malas nak layan orang. Hari pertama kerja enjin tak hidup sepenuhnya lagi kan?

Malas nak bertekak dan atur strategi aku cuba alih fokus pada proses pendaftaran masuk. Taktik aku tuh nampaknya tak jalan. Si P*****k masih tidak puas hati sbb aku boleh rasa tenungan amarah dia tuh walaupun mata aku tak nampak.

Yg daftar masuk ni sebenarnya bukan lah si P*****k tuh, member dia yg sorang lagi. Dia tak silap pengiring aje, tapi lagak mcm samseng jalanan yg aku rasa sudah mula cuba nak tutup malu. Kenapa aku cakap begitu sebab tetiba segala staf yg 10 tahun lepas dia sebut.

Untuk apa dia cakap begitu? Nak bagitau yg dia pernah kerja sini? Dia tahu tempat ni?

Tanpa meninggikan suara dan cuba bersikap neutral aku jawab semua pertanyaan si P*****k tu baik-baik.

Saya: Masa saya masuk tiada suda staf nama tu encik.
P*****k: Kau staf baru ni kan? Staf baru ni kan?

Nak aje aku jawab, nak kata baru tuh tak lah jugak! Nak masuk lima tahun dah bertugas di sini. Tapi fikirkan kita ni bekerja di bidang hospitaliti kita terima aje herdikan si P*****k yg aku baca sebagai tidak puas hati tuh dgn poker face.

Nasib pulak tidak bagus, bagi bilik yg masih belum dibersihkan, makin menjadi-jadi lah perangai si P*****k. Samseng bukit pisang lagaknya. Siap gertak mau lapor pada bos lah dan mcm2 lagi.

Aku yg sebagai "staf baru" ni hanya berlagak selamba sahajalah. Pengalaman mengajar aku supaya tidak cepat gelabah terutama sekali kalau dapat tamu yg berkelakuan mcm hanjing sial begini. Selagi tak pukul, tikam dan tetak tidak sekelumit pun aku rasa takut aku dgn muka singa si P*****k yg bermisai melintang tebal tuh.


Bila kenang kejadian tuh, aku rasa apa yg dia nampak tuh bukan pulau atau apa pun... Sebaliknya bhg dasar laut yg terdedah selepas air surut. Bagaimana dia boleh nampak menda tuh mcm pulau, hanya tuhan aje yg tahu.

Kenapa dia memanas sendirian tuh aku hanya mampu meneka.

Dia datang dengan dua orang lagi dari gaya member2 dia tuh langsung tak endah pun dgn si P*****k punya pe'el. Jadi menda tuh mmg personal lah pada si P*****k bukan pada member dia tu.

Dari pengamatan tuh aku pelajari sesuatu tentang sikap manusia ni.

Taktik mengiyakan dan diam bukan sesuai untuk semua keadaan. Ada yg perlu kita confront dgn berhemah.

Mcm kes ni aku tengok, lagi kau tak peduli lagi dia meradang mcm hyena kena sampuk. Padahal ada aku peduli apa yg dia tanya tu betul ke tidak.

Apa yg aku boleh katakan, lesson learnt but in the hard way.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...